Page 155 - KWAP_AR2022
P. 155
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 153
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.6 Hartanah Dan Peralatan (sambungan)
Kerja dalam kemajuan terdiri daripada, antara lain, kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan dan
penambahbaikan atau penaiktarafan sistem maklumat yang sedang dijalankan. Kerja dalam kemajuan dan
lukisan bukan berasaskan lukisan air dinyatakan pada nilai kos dan tidak disusut nilai sehingga aset berkenaan
sedia untuk digunakan.
Pada akhir tempoh laporan, Kumpulan dan KWAP akan menilai sama ada terdapat tandatanda rosot nilai.
Sekiranya ada, analisa dilaksanakan bagi menentukan sama ada nilai dibawa aset boleh dipulih sepenuhnya.
Sekiranya nilai dibawa aset melebihi nilai boleh pulih, nilai aset akan dirosot nilai ke nilai boleh pulih. Dasar
berkaitan dengan rosot nilai aset bukan kewangan adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 2.18.
Nilai sisa, jangka hayat dan kaedah susut nilai disemak semula pada setiap tahun kewangan dan dilaraskan
secara prospektif, sekiranya perlu.
Item hartanah dan peralatan dinyahiktiraf apabila dilupuskan atau apabila tiada faedah ekonomi masa hadapan
yang dijangka daripada penggunaan atau pelupusan aset tersebut. Keuntungan atau kerugian aset selepas
penyahiktirafan aset diiktiraf dalam untung atau rugi dalam tahun aset tersebut dinyahiktiraf, sekiranya ada.
2.7 Aset Kewangan
(a) Pengiktirafan asal
Aset kewangan diiktiraf apabila Kumpulan dan KWAP menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen
tersebut. Instrumen kewangan pada asalnya diiktiraf oleh Kumpulan dan KWAP pada nilai saksama termasuk,
bagi instrumen kewangan yang tidak dinyatakan pada Nilai Saksama Melalui Penyata Untung Atau Rugi
(FVTPL), kos transaksi yang berkaitan secara langsung dengan perolehan instrumen kewangan atau liabiliti
kewangan, sekiranya ada. Klasifikasi instrumen kewangan dan liabiliti kewangan adalah ditentukan pada
pengiktirafan asal.
Belian dan jualan lazim aset kewangan diiktiraf pada tarikh penyelesaian akaun. Kaedah ini diguna pakai
secara konsisten bagi semua belian dan jualan aset kewangan di dalam kategori yang sama.
(b) Klasifikasi dan penilaian berikutan
Kumpulan dan KWAP mengguna pakai MFRS 9 dan aset kewangan telah diklasifikasikan berdasarkan kepada
kategori-kategori berikut– Kos Yang Dilunaskan, Nilai Saksaman Melalui Pendapatan Komprehensif Lain
(FVOCI) dan FVTPL.
Jika tiada perbezaan ketara untuk terma, rundingan semula atau pengubahsuaian tidak akan mengakibatkan
penyahiktirafan, dan Kumpulan dan KWAP mengira semula nilai dibawa kasar berdasarkan aliran tunai disemak
bagi aset kewangan tersebut dan mengiktiraf keuntungan atau kerugian daripada pengukuran semula dalam
penyata untung atau rugi. Nilai dibawa kasar baharu dikira semula dengan mendiskaunkan aliran tunai yang
diubah suai pada kadar faedah efektif asal (atau kadar faedah efektif diselaraskan kredit untuk aset kewangan
kredit terjejas dibeli atau asal (“POCI”).