Page 160 - KWAP_AR2022
P. 160
158 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.11 Sewaan
(i) Definisi sewaan
Sebuah kontrak adalah, atau mengandungi, sewaan sekiranya kontrak tersebut menyatakan hak untuk
mengawal penggunaan aset yang dikenal pasti bagi suatu tempoh masa sebagai gantian untuk pertimbangan.
Untuk menilai sama ada sesebuah kontrak memberi hak untuk mengawal penggunaan aset yang dikenal
pasti, Kumpulan menilai sama ada:
• kontrak melibatkan penggunaan aset yang dikenal pasti – ini mungkin dinyatakan secara jelas ataupun
tersirat, dan sepatutnya dapat dibezakan secara fizikal ataupun mewakili segala keupayaan sebuah aset
yang berbeza secara fizikal dengan ketara. Sekiranya pembekal mempunyai hak penggantian substantif,
aset tersebut tidak dikenal pasti;
• pelanggan mempunyai hak untuk memperoleh segala manfaat ekonomi yang diperoleh daripada
penggunaan aset sepanjang tempoh penggunaan dengan ketara; dan
• pelanggan mempunyai hak untuk mengarah pengunaan aset tersebut. Pelanggan mempunyai hak ini
apabila pelanggan mempunyai hak untuk membuat keputusan yang paling relevan dengan mengubah
cara dan tujuan aset tersebut digunakan. Dalam kes di mana keputusan mengenai cara dan tujuan aset
tersebut digunakan telah ditetapkan, pelanggan mempunyai hak untuk mengarahkan penggunaan aset
tersebut sekiranya pelanggan tersebut mempunyai hak untuk mengendali aset; atau pelanggan mereka
bentuk aset tersebut dengan cara yang menetapkan cara pengunaan dan tujuannya.
Pada permulaan atau pentaksiran semula kontrak yang mengandungi komponen sewaan, Kumpulan
memperuntukkan pertimbangan dalam kontrak kepada setiap komponen sewaan dan bukan sewaan atas
dasar harga tersendiri relatif. Walau bagaimanapun, untuk sewaan hartanah di mana Kumpulan adalah
penyewa, Kumpulan memilih untuk tidak mengasingkan komponen bukan sewaan dan akan mengambil kira
komponen sewaan dan bukan sewaan sebagai satu komponen sewaan.
(ii) Pengiktirafan dan pengukuran awal
Sebagai penyewa
Kumpulan mengiktiraf aset hak penggunaan dan liabiliti sewaan pada tarikh permulaan sewaan. Pada
mulanya, aset hak penggunaan diukur pada kos, iaitu terdiri daripada amaun awal liabiliti sewaan diselaraskan
untuk sebarang bayaran penyewaan yang dibuat pada atau sebelum tarikh permulaan, ditambah sebarang
kos langsung awal yang tertanggung dan anggaran kos untuk membongkar dan membuang aset sandaran
tersebut atau untuk membaik pulih aset sandaran atau tapak lokasinya, ditolak sebarang insentif penyewaan
yang diterima.
Liabiliti sewaan pada awalnya diukur pada nilai semasa bayaran penyewaan yang belum dibayar pada tarikh
permulaan, didiskaunkan menggunakan kadar faedah tersirat dalam sewaan atau, jika kadar tersebut tidak
boleh ditentukan dengan mudah, menggunakan kadar pinjaman tambahan entiti Kumpulan masing-masing.