Page 165 - KWAP_AR2022
P. 165
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 163
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.15 Pengiktirafan Hasil Dan Pendapatan (sambungan)
(c) Keuntungan atau kerugian pelupusan pelaburan
Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan pelaburan diiktiraf apabila semua syarat-syarat perjanjian
yang membawa kepada penjualan pelaburan dipenuhi.
(d) Pendapatan sewaan daripada pelaburan hartanah
Pendapatan sewaan yang diterima daripada pelaburan hartanah (bangunan dan tempat letak kereta) di
bawah sewaan operasi diiktiraf melalui kaedah garis lulus sepanjang tempoh sewaan. Insentif sewaan yang
dikurniakan diiktiraf sebagai bahagian penting keseluruhan pendapatan sewaan sepanjang tempoh sewaan.
Pendapatan sewaan daripada sewaan sampingan diiktiraf sebagai pendapatan dalam tempoh laporan
pendapatan itu diterima.
(e) Pendapatan caj perkhidmatan
Pendapatan caj perkhidmatan diiktiraf dalam tempoh perakaunan di mana perkhidmatan diberikan dan
pelanggan menerima dan menggunakan faedah yang diberikan oleh Kumpulan dan KWAP, dan Kumpulan
dan KWAP mempunyai hak penerimaan kepada bayaran untuk perkhidmatan tersebut.
(f) Pendapatan utiliti
Pendapatan dari caj penghawan dingin hawa dan air sejuk diiktiraf semasa penghawa dingin dan air sejuk
dibekalkan kepada pelanggan dan pelanggan menerima dan mengguna pakai bekalan tersebut, dan
Kumpulan dan KWAP mempunyai hak penerimaan kepada bayaran untuk bekalan tersebut.
2.16 Cukai Pendapatan
(a) Cukai semasa
Aset dan liabiliti cukai semasa dinyatakan pada amaun boleh pulih yang dijangka akan diterima daripada
pihak berkuasa cukai. Kadar cukai dan undang-undang cukai yang diguna pakai bagi pengiraan amaun
boleh pulih adalah berdasarkan kadar dan undang-undang cukai yang digubal atau sebahagian besarnya
telah digubal pada tarikh laporan.
Cukai semasa diiktiraf dalam untung atau rugi kecuali cukai yang berkaitan dengan item yang diiktiraf di luar
untung atau rugi, sama ada dalam Pendapatan Komprehensif Lain atau secara langsung dalam ekuiti.
KWAP dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah Seksyen 127[3A] Akta Cukai Pendapatan 1967
bagi semua pendapatan daripada punca domestik serta cukai pegangan di bawah Seksyen 107A (1) dan
Seksyen 109 bagi faedah dan pendapatan kelas khas. Segala pendapatan daripada punca antarabangsa
adalah tertakluk kepada kadar dan undang-undang cukai negara asal.