Page 163 - KWAP_AR2022
P. 163

DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  161


                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          2.  POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
             2.12  Pelaburan Hartanah (sambungan)

                 Nilai sisa, jangka hayat dan kaedah susut nilai pelaburan hartanah disemak semula pada setiap tahun kewangan,
                 dan diselaraskan secara prospektif, sekiranya sesuai.

                 Pelaburan hartanah dinyahiktiraf apabila dilupuskan atau apabila penggunaan terhenti di mana tiada faedah
                 ekonomi masa hadapan yang dijangka daripada pelupusan dan penamatan aset tersebut. Keuntungan atau
                 kerugian daripada pelupusan atau penamatan pelaburan hartanah diiktiraf dalam untung atau rugi dalam tahun
                 pelupusan atau penamatan, sekiranya ada.
                 Pindahan kepada atau daripada pelaburan hartanah dilaksanakan apabila dan hanya apabila terdapat perubahan
                 dalam  kegunaan pelaburan  hartanah.  Bagi pindahan  daripada pelaburan hartanah kepada  hartanah yang
                 diduduki pemilik, kos bagi perakaunan berikutnya adalah nilai saksama pelaburan hartanah tersebut pada
                 tarikh perubahan dalam kegunaan. Bagi pindahan daripada hartanah yang diduduki pemilik kepada pelaburan
                 hartanah, pelaburan hartanah tersebut diakaunkan mengikut dasar perakaunan bagi hartanah dan peralatan
                 seperti yang dinyatakan dalam Nota 2.6 sehingga tarikh perubahan dalam kegunaan.
                 Hartanah pegangan bebas dengan jangka hayat tidak terhad tidak disusut nilai dan dinyatakan pada nilai kos
                 setelah ditolak kerugian rosot nilai, sekiranya ada.
                 Tanah Dipegang Untuk Pembangunan Hartanah terdiri daripada tanah di mana aktiviti pembangunan belum
                 dilaksanakan atau di mana aktiviti pembangunan tidak dijangka akan disempurnakan dalam kitaran operasi yang
                 normal. Tanah tersebut dikelaskan sebagai Aset Bukan Semasa dan dinyatakan pada kos.

                 Susut nilai bagi pelaburan hartanah diperuntukan mengikut kaedah garis lurus di mana kos setiap aset dihapus
                 kira kepada nilai sisa berdasarkan kadar susut nilai yang berikut:

                 Bangunan                                                                            2.50%
                 Tanah Pegangan Pajak (berdasarkan tempoh pegangan pajak)                            1.01%

             2.13  Peruntukan
                 Peruntukan diiktiraf apabila terdapat obligasi semasa (perundangan atau konstruktif) yang disebabkan oleh
                 peristiwa terdahulu di mana terdapat kebarangkalian besar bahawa sumber ekonomi akan dialirkan keluar bagi
                 menyelesaikan obligasi tersebut dan amaun obligasi boleh dinilai dengan yakin.
                 Sekiranya berlaku pembayaran balik peruntukan kepada Kumpulan dan KWAP, pembayaran balik tersebut
                 diiktiraf sebagai aset yang berasingan tetapi hanya apabila pembayaran balik dikenal pasti. Tiada pengiktirafan
                 peruntukan bagi kerugian operasi masa hadapan.

                 Untuk sejumlah obligasi yang sama, kebarangkalian aliran keluar diperlukan bagi pembayaran ditentukan dengan
                 mengambil kira kelas obligasi secara keseluruhan. Peruntukan diiktiraf walaupun kebarangkalian aliran keluar
                 berkaitan dengan mana-mana item di dalam kelas obligasi yang sama adalah kecil.
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168