Page 167 - KWAP_AR2022
P. 167
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 165
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.16 Cukai Pendapatan (sambungan)
(b) Cukai tertunda (sambungan)
Cukai tertunda yang berkaitan dengan item yang diiktiraf di luar untung atau rugi diiktiraf di luar untung
atau rugi. Cukai tertunda tersebut diiktiraf berdasarkan yang berkaitan sama ada dalam Pendapatan
Komprehensif Lain atau secara langsung dalam ekuiti. Cukai tertunda yang berpunca daripada gabungan
perniagaan diselaraskan ke atas muhibah yang berkaitan semasa pengambilalihan.
Aset cukai tertunda dan liabiliti cukai tertunda diimbangi, sekiranya terdapat hak yang sah untuk mengimbangi
aset cukai semasa dengan liabiliti cukai semasa, di mana aset cukai tertunda dan liabiliti cukai tertunda
tersebut adalah berkaitan dengan entiti boleh cukai yang sama serta pihak berkuasa cukai yang sama.
2.17 Mata Wang Asing
(a) Mata wang fungsian dan persembahan
Penyata Kewangan individu bagi setiap entiti dalam Kumpulan dinyatakan berdasarkan mata wang utama
dalam persekitaran ekonomi utama di mana entiti tersebut beroperasi (mata wang fungsian). Penyata
Kewangan digabungkan dipersembahkan dalam Ringgit Malaysia (RM) sebagai mata wang fungsian dan
persembahan bagi Kumpulan dan KWAP.
(b) Transaksi dan baki dalam mata wang asing
Transaksi mata wang asing dinyatakan berdasarkan mata wang fungsian bagi KWAP dan syarikat subsidiari
masing-masing di mana pengiktrafan asal mata wang fungsian tersebut adalah berdasarkan kadar tukaran
mata wang pada tarikh urus niaga.
Aset dan liabiliti kewangan yang didenominasi dalam mata wang asing diterjemahkan menggunakan kadar
tukaran mata wang semerta pada tarikh laporan.
Perbezaan kadar tukaran mata wang yang terhasil daripada penyelesaian item kewangan atau pada
terjemahan item kewangan pada tarikh laporan diiktiraf dalam Penyata Pendapatan Komprehensif kecuali
perbezaan kadar tukaran mata wang daripada item kewangan yang merupakan sebahagian daripada
pelaburan bersih Kumpulan dalam operasi luar negara. Item kewangan tersebut pada asalnya diiktiraf dalam
Pendapatan Komprehensif Lain dan digabungkan di bawah Rizab Pertukaran Mata Wang Asing dalam
Penyata Kedudukan Kewangan.
Perubahan pada nilai saksama sekuriti kewangan yang didenominasi dalam mata wang asing yang
diklasifikasikan sebagai FVTPL dianalisa di antara perbezaan terjemahan berikutan daripada perubahan
Kos Yang Dilunaskan dan perubahan lain dalam nilai dibawa sekuriti tersebut. Perbezaan terjemahan yang
berkaitan dengan perubahan Kos Yang Dilunaskan diiktiraf dalam untung atau rugi, dan perubahan lain
dalam nilai dibawa diiktiraf dalam Pendapatan Komprehensif Lain.