Page 169 - KWAP_AR2022
P. 169
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 167
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.18 Rosot Nilai Aset Bukan Kewangan
Penilaian rosot nilai dilaksanakan pada setiap tarikh laporan bagi menentukan keperluan rosot nilai aset.
Sekiranya terdapat tanda-tanda rosot nilai atau keperluan untuk penilaian rosot nilai, jangkaan nilai boleh pulih
dianggarkan bagi aset yang berkaitan.
Nilai boleh pulih adalah nilai yang lebih tinggi di antara nilai saksama aset setelah ditolak kos jualan dan nilai
sedang digunakan. Bagi tujuan penilaian rosot nilai, aset dikumpulkan pada tahap terendah di mana aliran tunai
boleh dikenal pasti secara berasingan i.e. Unit Penjanaan Tunai (CGU).
Dalam penilaian nilai sedang digunakan, anggaran aliran tunai masa hadapan yang dijangka akan dijana oleh
aset didiskaunkan kepada nilai semasa menggunakan kadar diskaun sebelum cukai yang menggambarkan
penilaian pasaran semasa bagi nilai masa wang serta risiko yang khusus kepada aset tersebut. Sekiranya nilai
dibawa aset melebihi nilai boleh pulih, aset tersebut dinyatakan pada nilai boleh pulih. Kerugian rosot nilai yang
diiktiraf bagi CGU atau kumpulan CGU pada asalnya diperuntukan untuk mengurangkan nilai dibawa muhibah
yang diperuntukan kepada unit atau kumpulan unit tersebut, sekiranya ada, diikuti oleh pengurangan amaun
dibawa aset-aset lain dalam unit atau kumpulan unit pada asas pro-rata. Kerugian rosot nilai diiktiraf dalam
untung atau rugi.
Penilaian rosot nilai dilaksanakan pada setiap tarikh laporan bagi menentukan sama ada keperluan kerugian
rosot nilai terdahulu masih lagi wujud atau telah berkurangan. Penyataan semula kerugian rosot nilai terdahulu
hanya dilaksanakan sekiranya terdapat perubahan dalam anggaran yang diguna pakai untuk menentukan nilai
boleh pulih aset bagi pengiktirafan kerugian rosot nilai terdahulu. Bagi situasi ini, nilai dibawa aset dinaikkan
kepada nilai boleh pulih. Walau bagaimanapun, kenaikan tersebut tidak boleh melebihi nilai dibawa aset yang
telah ditentukan setelah ditolak susut nilai, di mana tiada pengiktirafan kerugian rosot nilai terdahulu. Penyataan
semula rosot nilai diiktiraf dalam untung atau rugi. Tiada penyataan semula bagi kerugian rosot nilai ke atas
muhibah dalam tempoh yang berikutnya.
2.19 Rosot Nilai Aset Kewangan
Kumpulan dan KWAP menilai ECL berdasarkan kepada asas pandang hadapan yang berkaitan dengan aset
kewangan yang dinyatakan pada Kos Yang Dilunaskan dan FVOCI. Kaedah rosot nilai yang diguna pakai
bergantung sama ada terdapat peningkatan risiko kredit yang signifikan.
ECL merupakan anggaran kewajaran kebarangkalian bagi perbezaan diantara nilai semasa aliran tunai
berdasarkan kontrak dan nilai semasa aliran tunai yang dijangka akan diterima oleh Kumpulan dan KWAP, dalam
baki tempoh hayat instrumen kewangan tersebut.
Penilaian ECL menggambarkan:
• jumlah yang adil dan kewajaran kebarangkalian bagi jumlah yang ditentukan melalui penilaian dari pelbagai
kemungkinan;
• nilai masa wang; dan
• maklumat yang munasabah dan boleh dipercayai yang boleh didapati tanpa kos atau usaha pada tarikh
laporan mengenai peristiwa lalu, situasi semasa serta anggaran situasi ekonomi masa hadapan.
Aset kewangan POCI ialah aset yang mengalami kemerosotan kredit pada pengiktirafan asal. Bagi aset
kewangan POCI, ECL dimasukkan ke dalam pengiraan kadar faedah efektif pada pengiktirafan asal. Akibatnya,
aset kewangan POCI tidak membawa elaun rosot nilai pada pengiktirafan asal. Amaun yang diiktiraf sebagai
elaun kerugian selepas pengiktirafan asal adalah sama dengan perubahan dalam sepanjang hayat ECL sejak
pengiktirafan asal aset.