Page 173 - KWAP_AR2022
P. 173

DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  171


                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          2.  POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
             2.21  Manfaat Pekerja (sambungan)

                 (b)  Manfaat jangka panjang

                     Bayaran manfaat jangka panjang selepas persaraan dan/atau selepas tamat tempoh kontrak diiktiraf sebagai
                     perbelanjaan manfaat pekerja atas dasar terakru dalam tahun semasa Penyata Pendapatan Komprehensif.
                     Pada masa yang sama, amaun tersebut diiktiraf sebagai liabiliti yang dikategorikan sebagai faedah pekerja
                     dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Jenis-jenis faedah jangka panjang yang diiktiraf berdasarkan asas
                     akruan adalah seperti berikut:
                     •   Bayaran anugerah cuti gantian; dan
                     •   Manfaat perubatan pesara.
                     Pengiraan manfaat perubatan pesara adalah berdasarkan penilaian aktuari tahunan yang dilaksanakan oleh
                     penilai luar.
             2.22  Pengiraan Nilai Saksama

                 Instrumen kewangan seperti derivatif dan pelaburan kewangan, dinyatakan pada nilai saksama pada setiap
                 tarikh laporan. Nilai saksama instrumen kewangan yang dinyatakan pada nilai Kos Yang Dilunaskan dinyatakan
                 dalam Nota 34 kepada Penyata Kewangan.
                 Nilai saksama adalah amaun yang akan diterima daripada jualan aset atau amaun yang dibayar bagi pemindahan
                 liabiliti dalam transaksi yang teratur di antara peserta pasaran pada tarikh pengukuran. Pengukuran nilai saksama
                 adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa transaksi jualan aset atau pemindahan liabiliti dilaksanakan sama
                 ada:

                 •   Dalam pasaran utama bagi aset atau liabiliti, atau
                 •   Jika ketiadaan pasaran utama, dalam pasaran yang paling menguntungkan bagi aset atau liabiliti.

                 Pasaran utama atau pasaran yang paling menguntungkan hendaklah boleh diakses oleh Kumpulan dan KWAP.
                 Nilai saksama aset atau liabiliti diukur dengan menggunakan andaian yang diambil kira oleh peserta pasaran
                 dalam menentukan harga aset atau liabiliti, serta andaian bahawa peserta pasaran akan bertindak mengikut
                 kepentingan ekonomi yang terbaik.

                 Pengukuran nilai saksama aset bukan kewangan mengambil kira kebolehan peserta pasaran untuk menjana
                 manfaat ekonomi melalui penggunaan aset secara terbaik atau jualan kepada peserta pasaran lain yang akan
                 menggunakan aset tersebut secara terbaik.
                 Kumpulan dan KWAP menggunakan teknik penilaian yang dianggap bersesuaian dengan keadaan di mana data
                 yang mencukupi boleh didapati untuk penilaian nilai saksama, dengan memaksimumkan penggunaan input yang
                 boleh diperhatikan serta meminimumkan penggunaan input yang tidak boleh diperhatikan.
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178