Page 176 - KWAP_AR2022
P. 176
174 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
3. JANGKAAN DAN PENILAIAN AKAUN YANG PENTING (SAMBUNGAN)
(b) Rosot nilai aset bukan kewangan
Rosot nilai aset bukan kewangan dilaksanakan apabila nilai dibawa aset atau CGU melebihi nilai boleh pulih,
iaitu nilai lebih tinggi antara nilai saksama setelah ditolak kos jualan dan nilai sedang digunakan. Pengiraan nilai
saksama setelah ditolak kos jualan adalah berdasarkan data yang sedia ada daripada transaksi jualan mengikat,
yang dikendalikan dengan transaksi urus niaga tulus bagi aset-aset yang serupa atau harga pasaran yang boleh
diperhatikan setelah ditolak kos tambahan untuk pelupusan aset. Pengiraan nilai sedang digunakan adalah
berdasarkan model aliran tunai terdiskaun di mana aliran-aliran tunai diperolehi daripada bajet lima (5) tahun
hadapan dan tidak termasuk aktiviti penyusunan semula yang belum dipersetujui oleh Kumpulan dan KWAP atau
pelaburan masa hadapan yang ketara yang boleh meningkatkan prestasi aset dalam CGU yang diuji. Nilai boleh
pulih adalah paling sensitif terhadap kadar diskaun yang diguna pakai bagi model aliran tunai terdiskaun dan juga
jangkaan aliran masuk tunai masa hadapan serta kadar pertumbuhan yang diguna pakai bagi tujuan ekstrapolasi.
(c) Rosot nilai aset kewangan
Kumpulan dan KWAP meneliti instrumen pendapatan tetap yang ditetapkan sebagai pelaburan pada FVOCI atau kos
yang dilunaskan yang terdedah kepada rosot nilai di bawah MFRS 9 pada setiap Tarikh laporan bagi mencerminkan
perubahan risiko kredit pelaburan kewangan yang tidak diklasifikasi sebagai FVTPL. MFRS 9 menggabungkan
maklumat berpandangan hadapan dan sejarah, terkini dan ramalan ke dalam anggaran ECL.
Analisa rosot nilai merangkumi penilaian pengurusan berikut:
(i) Penentuan sama ada pelaburan terjejas berdasarkan petunjuk tertentu seperti, antara lain, kesukaran penerbit
atau obligor, kemerosotan kualiti kredit penerbit atau obligor; dan
(ii) Penentuan ECL yang mencerminkan:
• Jumlah yang tidak berat sebelah dan kebarangkalian yang ditentukan dengan menilai pelbagai kemungkinan;
• Nilai masa wang; dan
• Maklumat munasabah dan disokong yang sedia ada tanpa kos atau usaha tidak wajar pada tarikh laporan
mengenai keadaan semasa dan ramalan keadaan ekonomi masa depan.
(d) Nilai saksama instrumen kewangan
Nilai saksama adalah harga yang akan diterima daripada jualan aset atau dibayar bagi pemindahan liabiliti dalam
urus niaga yang teratur di antara peserta pasaran pada tarikh pengukuran. Pengiraan nilai saksama adalah
berdasarkan anggapan bahawa transaksi jualan aset atau pemindahan liabiliti berlaku sama ada di dalam pasaran
utama aset atau liabiliti tersebut atau jika ketiadaan pasaran utama, di dalam pasaran yang paling menggalakkan
bagi aset atau liabiliti tersebut.
Nilai saksama aset atau liabiliti diukur menggunakan anggaran yang diguna pakai oleh peserta pasaran untuk
menilai aset atau liabiliti tersebut, dengan anggapan bahawa peserta pasaran bertindak mengikut kepentingan
ekonomi yang terbaik.
Jika ketiadaan pasaran aktif, nilai saksama instrumen kewangan ditentukan dengan menggunakan kaedah penilaian
yang dianggap sesuai dengan keadaan di mana terdapat data yang mencukupi serta sedia ada bagi pengiraan nilai
saksama, dengan memaksimakan penggunaan input relevan yang boleh diperhati serta meminimakan penggunaan
input yang tidak boleh diperhati.