Page 171 - KWAP_AR2022
P. 171

DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  169


                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          2.  POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
             2.19  Rosot Nilai Aset Kewangan (sambungan)

                 (a)  Instrumen kewangan yang diperakaunkan pada nilai Kos Yang Dilunaskan dan FVOCI (sambungan)

                     Peningkatan signifikan risiko kredit
                     Kumpulan dan KWAP menilai kebarangkalian penjejasan bagi aset kewangan pada pengiktirafan asal sama
                     ada terdapat peningkatan risiko kredit yang signifikan sepanjang setiap tempoh laporan. Dalam penilaian
                     sama ada terdapat peningkatan risiko kredit yang signifikan, Kumpulan dan KWAP membandingkan risiko
                     penjejasan ke atas aset kewangan pada tarikh laporan dengan risiko penjejasan pada pengiktirafan asal
                     dengan mengambil kira semua informasi pandang hadapan yang munasabah dan disokong.

                     Antara petunjuk yang diambil kira adalah seperti berikut:
                     •   kadar kredit dalaman;
                     •   kadar kredit luaran (selagi ada); dan
                     •   perubahan merosot yang signifikan di dalam perniagaan, kewangan atau keadaan ekonomi samada
                        yang nyata atau jangkaan yang dijangka akan mengakibatkan perubahan signifikan bagi memenuhi
                        obligasi penghutang.

                     Maklumat makroekonomi (seperti kadar faedah pasaran atau kadar pertumbuhan) adalah merupakan
                     sebahagian daripada model kadar dalaman.

                     Tanpa mengambil kira analisa diatas, peningkatan risiko kredit dianggap signifikan sekiranya pembayaran
                     kontrak oleh penghutang adalah tertunggak melebihi dari 30 hari.

                     Pengecualian risiko kredit rendah
                     Instrumen kewangan yang mempunyai syarat-syarat yang dinyatakan di bawah dianggap mempunyai risiko
                     kredit yang rendah pada tarikh laporan:

                     •   mempunyai risiko penjejasan yang rendah;
                     •   keupayaan yang kukuh oleh peminjam bagi memenuhi obligasi aliran tunai dalam jangka masa terdekat;
                        dan
                     •   perubahan  negatif  yang  tidak  semestinya  mengurangkan  keupayaan  peminjam  untuk  membuat
                        pembayaran bila perlu.
                     Definisi penjejasan dan rosot nilai kredit aset kewangan

                     Kumpulan dan KWAP mentakrifkan penjejasan instrumen kewangan, selari dengan definisi rosot nilai kredit,
                     apabila aset kewangan tersebut memenuhi satu atau lebih kriteria berikut:

                     (a)  Kriteria kuantitatif:
                        Kegagalan pihak berkaitan untuk melaksanakan pembayaran kontrak dalam masa 90 hari pembayaran.
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176