Page 170 - KWAP_AR2022
P. 170
168 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.19 Rosot Nilai Aset Kewangan (sambungan)
(a) Instrumen kewangan yang diperakaunkan pada nilai Kos Yang Dilunaskan dan FVOCI
Terdapat tiga (3) kategori aset kewangan yang diambil kira pada nilai Kos Yang Dilunaskan dan FVOCI yang
menggambarkan risiko kredit dan penentuan peruntukan kerugian pinjaman bagi setiap kategori.
Pada setiap tarikh laporan, Kumpulan dan KWAP menyatakan ECL melalui peruntukan kerugian pada jumlah
yang bersamaan dengan 12 bulan ECL dengan syarat tiada peningkatan kredit risiko yang signifikan bagi
aset kewangan atau kumpulan aset kewangan sejak dari pengiktirafan asal. Bagi instrumen kewangan yang
lain, peruntukan kerugian yang diperlukan adalah bersamaan dengan ECL sepanjang hayat.
Ringkasan berkaitan dengan model ECL bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
(i) Peringkat 1: 12 Bulan ECL
Bagi pendedahan kredit di mana tiada peningkatan signifikan pada risiko kredit sejak pengiktirafan asal
dan tiada rosot nilai kredit sejak permulaan, sebahagian daripada ECL sepanjang hayat yang berkaitan
dengan kebarangkalian besar berlakunya peristiwa kemerosotan di dalam tempoh 12 bulan berikutnya
akan diiktiraf.
(ii) Peringkat 2: Sepanjang Hayat ECL – tiada rosot nilai kredit
Bagi pendedahan kredit di mana terdapat peningkatan signifikan pada risiko kredit sejak pengiktirafan
asal tetapi tiada rosot nilai kredit sejak permulaan, sepanjang hayat ECL diiktiraf. Peningkatan risiko
kredit dianggap signifikan apabila pembayaran balik faedah dan/atau pokok tertunggak telah melebihi
tempoh 30 hari tetapi kurang daripada 89 hari.
(iii) Peringkat 3: Sepanjang Hayat ECL – terdapat rosot nilai kredit
Penilaian rosot nilai kredit bagi aset kewangan dilaksanakan apabila berlakunya satu atau lebih peristiwa
di mana anggaran aliran tunai aset masa hadapan terjejas. Memandangkan kriteria yang diguna pakai
adalah bersamaan dengan kriteria di bawah MFRS 139, tiada perubahan dalam kaedah KWAP bagi
peruntukan spesifik. Oleh yang demikian, sepanjang hayat ECL diiktiraf bagi aset kewangan yang
mempunyai rosot nilai kredit.
Bagi aset kewangan, Kumpulan dan KWAP mengakaunkan risiko kredit mengikut penepatan masa
berdasarkan peruntukan ECL yang sesuai, di mana pengiraan kadar ECL mengambil kira kadar kerugian
sejarah bagi setiap kategori aset kewangan dan diselaraskan dengan data makro ekonomi pandang hadapan.
Tiada perubahan signifikan bagi teknik anggaran atau andaian sepanjang tempoh laporan.
Tiada perubahan signifikan kepada teknik anggaran atau anggaran sepanjang tempoh laporan.