Page 175 - KWAP_AR2022
P. 175
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 173
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.26 Caruman Pencen
Caruman pencen diiktiraf apabila caruman tersebut diterima daripada Badan Berkanun, Pihak Berkuasa
Tempatan dan Agensi-Agensi Lain serta syer kerajaan, ganjaran dan potongan lain sejajar dengan Akta
Pencen Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan 1980 (Akta 239) dan Pekeliling Perkhidmatan
No. 12/2008. Denda atas caruman lewat bayar diiktiraf dan diakaunkan mengikut asas tunai.
3. JANGKAAN DAN PENILAIAN AKAUN YANG PENTING
Penyediaan Penyata Kewangan digabungkan memerlukan pertimbangan, anggaran dan andaian oleh Kumpulan
dan KWAP yang memberi kesan kepada amaun pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti serta pendedahan yang
disertakan dan pendedahan berkenaan dengan aset dan liabiliti luar jangka selaras dengan MFRS yang berkaitan.
Ketidaktentuan mengenai andaian dan anggaran boleh menyebabkan keputusan yang mengakibatkan pelarasan
ketara kepada nilai dibawa bagi aset atau liabiliti yang terlibat pada masa hadapan.
Pertimbangan yang dibuat oleh Kumpulan dan KWAP dalam mengaplikasikan polisi akaun, andaian penting berkaitan
dengan masa hadapan dan sumber-sumber ketidakpastian jangkaan lain pada tarikh laporan yang mempunyai risiko
besar dalam mengakibatkan pelarasan ketara kepada nilai dibawa aset dan liabiliti yang terlibat bagi tempoh tahun
kewangan seterusnya adalah seperti yang dibincangkan di bawah:
(a) Rosot nilai atas pelaburan dalam syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu
Semakan ke atas penilaian bukti objektif bagi rosot nilai pelaburan dilaksanakan pada setiap tarikh laporan. Faktor-
faktor seperti, antara lain, penurunan berpanjangan di antara nilai saksama indikatif dan nilai dibawa, perubahan
signifikan dengan kesan yang menjejaskan pelaburan serta kemerosotan prestasi kewangan pelaburan adalah
dipertimbangkan bagi mengenal pasti bukti objektif bagi rosot nilai, sekiranya ada.
Pertimbangan yang dibuat oleh Kumpulan dan KWAP dalam pemilihan kaedah penilaian yang sesuai seperti,
antara lain, aliran tunai terdiskaun, nilai boleh realis bersih aset dan purata kaedah nisbah harga perolehan sektor
yang bergantung kepada sifat serta industri pelaburan tersebut.
Dengan pemilihan kaedah penilaian yang sesuai, andaian-andaian tertentu dilaksanakan bagi menjangka amaun
pelaburan boleh pulih masa hadapan. Andaian yang dibuat adalah termasuk, antara lain, andaian terhadap jangkaan
aliran tunai masa hadapan, peningkatan pendapatan, kadar diskaun yang diguna pakai bagi mendiskaunkan aliran
tunai masa hadapan yang menerapkan risiko yang relevan serta jangkaan hasil masa hadapan bagi peristiwa
terdahulu yang berkait dengan pelaburan tersebut.