Page 177 - KWAP_AR2022
P. 177
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 175
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
3. JANGKAAN DAN PENILAIAN AKAUN YANG PENTING (SAMBUNGAN)
(e) Obligasi manfaat perubatan pesara
Nilai semasa obligasi manfaat perubatan pesara bergantung kepada beberapa faktor yang ditentukan sebagai
asas aktuari dengan menggunakan beberapa andaian. Andaian yang digunakan untuk menentukan kos bersih
bagi manfaat perubatan pesara termasuk kadar diskaun dan kos perubatan sebenar yang ditanggung dalam tahun
kewangan dengan had tuntutan kos perubatan seorang pesara sehingga RM3,000 setahun. Perubahan dalam
andaian akan memberi kesan ke atas nilai dibawa obligasi manfaat perubatan pesara.
Kadar diskaun yang sesuai ditentukan setiap tahun apabila penilaian aktuari dilaksanakan setiap 3 tahun. Penilaian
aktuari terkini telah dilaksanakan pada tahun kewangan 2019 di mana kadar faedah digunakan bagi menentukan
anggaran semasa jangkaan keluaran aliran tunai masa hadapan yang diperlukan bagi menyelesaikan obligasi
manfaat perubatan pesara.
Kadar kos perubatan adalah berdasarkan kos perubatan sebenar yang dibelanjakan oleh Kumpulan dan KWAP.
4. (PERBELANJAAN)/PENDAPATAN
Pendapatan Kumpulan dan KWAP adalah seperti berikut:
Kumpulan KWAP
31 Disember 31 Disember 31 Disember 31 Disember
2022 2021 2022 2021
RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Pendapatan Pelaburan Kasar 7,333,953 6,772,296 7,010,017 6,330,818
(Perbelanjaan)/Pendapatan Bukan Pelaburan Lain
Pendapatan Operasi Lain 35,810 34,886 28,799 30,906
Kerugian Bersih Daripada
Instrumen Kewangan Derivatif (661,951) (195,101) (742,155) (195,101)
Keuntungan Bersih Daripada
Tukaran Mata Wang Asing 45,592 396,533 175,270 396,186
(580,549) 236,318 (538,086) 231,991