Page 162 - KWAP_AR2022
P. 162
160 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.11 Sewaan (sambungan)
(iii) Pengukuran berikutan
Sebagai penyewa
Aset hak penggunaan kemudiannya disusut nilai atas dasar garis lurus dari tarikh permulaan hingga akhir
hayat berguna aset hak penggunaan tersebut atau akhir tempoh sewaan, mana-mana yang datang dahulu.
Anggaran tempoh hayat berguna aset hak penggunaan ditentukan atas dasar sama seperti hartanah, loji
dan peralatan. Aset hak penggunaan juga dikurangkan secara berkala dengan kerugian rosotnilai, jika ada,
dilaraskan untuk pengukuran semula liabiliti sewaan.
Liabiliti sewaan diukur pada kos yang dilunaskan menggunakan kaedah kadar faedah efektif. Liabiliti
diukur semula apabila ada perubahan bayaran penyewaan masa depan timbul daripada perubahan indeks
atau kadar, ada penyemakan bayaran penyewaan tetap dasar, atau ada perubahan anggaran Kumpulan
jangkaan amaun belum bayar di bawah jaminan nilai sisa, atau Kumpulan mengubah penilaian sama ada
akan melaksanakan pilihan pembelian, penyambungan atau penamatan.
Apabila liabiliti sewaan diukur semula, pelarasan sepadan dibuat pada amaun dibawa aset hak penggunaan,
atau direkodkan dalam untung atau rugi jika amaun dibawa aset hak penggunaan telah dikurangkan kepada
sifar.
Sebagai tuan sewa
Kumpulan mengenal pasti bayaran penyewaan diterima di bawah sewaan operasi sebagai pendapatan atas
dasar garis lurus sepanjang tempoh sewaan sebagai sebahagian daripada “Pendapatan Pelaburan Kasar”.
2.12 Pelaburan Hartanah
Pelaburan Hartanah terdiri daripada tanah, hartanah siap dan hartanah sedang dibina (IPUC) yang dipegang
untuk tujuan kenaikan modal atau sewaan atau kedua-duanya, dan secara amnya tidak diduduki untuk kegunaan
atau berada dalam operasi Kumpulan. Pelaburan hartanah diklasifikasikan sebagai pelaburan jangka panjang
dengan pengiktirafan asal pada nilai kos termasuk kos urus niaga.
Selepas pengiktirafan asal, pelaburan hartanah dinyatakan pada nilai kos setelah ditolak susut nilai terkumpul
dan kerugian rosot nilai terkumpul, sekiranya ada, kecuali hartanah pegangan bebas dengan jangka hayat tidak
terhad dan IPUC yang tidak disusut nilai. IPUC tidak disusut nilai kerana aset tersebut belum bersedia untuk
digunakan. Pelaburan hartanah lain disusut nilai mengikut anggaran jangka hayat ekonomi. Kadar susut nilai
hartanah pegangan bebas adalah 99 tahun pada asas garis lurus. Dasar bagi pengiktirafan dan penilaian kerugian
rosot nilai aset bukan kewangan adalah seperti yang dinyatakan di dalam Nota 2.18.
Perbelanjaan susulan dipermodalkan kepada nilai dibawa aset hanya apabila kemungkinan manfaat ekonomi
masa depan yang berkaitan dengan perbelanjaan tersebut akan mengalir ke Kumpulan dan KWAP serta kos
item tersebut boleh dinilai dengan yakin. Semua kos penambahbaikan dan penyelenggaraan lain diiktiraf sebagai
belanja apabila ditanggung. Sekiranya sebahagian daripada pelaburan hartanah diganti, nilai dibawa bahagian
yang diganti akan dinyahiktiraf.