Page 161 - KWAP_AR2022
P. 161

DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  159


                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          2.  POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
             2.11  Sewaan (sambungan)

                 (ii)  Pengiktirafan dan pengukuran awal (sambungan)

                     Sebagai penyewa (sambungan)
                     Bayaran penyewaan yang termasuk dalam pengukuran liabiliti sewaan terdiri daripada berikut:

                     •   pembayaran tetap, termasuk pembayaran tetap dasar ditolak sebarang insentif belum diterima;
                     •   bayaran penyewaan berubah yang bergantung kepada suatu indeks atau kadar, pada awalnya diukur
                        menggunakan indeks atau kadar pada tarikh permulaan;
                     •   amaun yang dijangka belum bayar di bawah jaminan nilai sisa;
                     •   harga laksana di bawah pilihan pembelian yang agak yakin dilaksanakan oleh Kumpulan; dan
                     •   penalti penamatan awal sebuah sewaan melainkan Kumpulan agak yakin tidak akan tamat awal.

                     Kumpulan tidak memasukkan bayaran sewaan berubah yang berkaitan dengan prestasi masa depan atau
                     penggunaan aset sandaran daripada liabiliti sewaan. Sebaliknya, bayaran tersebut dikenal pasti di dalam
                     untung atau rugi dalam tempoh di mana prestasi atau pengunaan berlaku.
                     Kumpulan telah memilih untuk tidak mengenal pasti aset hak penggunaan dan liabiliti sewaan untuk sewaan
                     jangka pendek yang mempunyai tempoh sewaan 12 bulan atau kurang dan sewaan aset nilai rendah.
                     Kumpulan mengenal pasti bayaran penyewaan berkaitan dengan sewaan tersebut sebagai perbelanjaan
                     atas dasar garis lurus sepanjang tempoh sewaan.
                     Sebagai tuan sewa

                     Sebagai tuan sewa, Kumpulan menetapkan sama ada setiap sewaan adalah sewaan kewangan atau sewaan
                     operasi pada tarikh permulaan sewaan.
                     Untuk mengelaskan setiap sewaan, Kumpulan membuat penilaian kesuluruhan sama ada sewaan tersebut
                     memindahkan  risiko  dan  ganjaran  sampingan  dengan  ketara  kepada pemilikan  aset sandaran. Jika ini
                     berlaku, sewaan tersebut adalah sewaan kewangan; jika tidak, sewaan tersebut adalah sewaan operasi.

                     Jika suatu pengaturan mengandungi komponen sewaan dan bukan sewaan, Kumpulan mengguna pakai
                     MFRS 15:  Revenue From Contract with Customers (MFRS 15) untuk memperuntukkan pertimbangan di
                     dalam kontrak berdasarkan harga jualan tersendiri.
                     Sebagai tuan sewa pertengahan, Kumpulan mengambil kira faedahnya di dalam sewaan utama dan sewaan
                     sampingan. Kumpulan menilai klasifikasi sewaan sebuah sewaan sampingan dengan merujuk kepada aset
                     hak pengunaan yang timbul daripada sewaan utama, bukan merujuk kepada aset sandaran. Jika sewaan
                     utama adalah sewaan jangka pendek di mana Kumpulan mengguna pakai pengecualian yang dijelaskan di
                     atas, sewaan sampingan akan diklasifikasikan sebagai sewaan operasi.
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166