Page 156 - KWAP_AR2022
P. 156
154 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.7 Aset Kewangan (sambungan)
(b) Klasifikasi dan penilaian berikutan (sambungan)
Klasifikasi bagi instrumen hutang dan ekuiti adalah mengikut keperluan seperti yang dinyatakan di bawah:
1. Instrumen hutang
Instrumen hutang adalah instrumen yang menepati definisi liabiliti kewangan dari perspektif penerbit.
Klasifikasi dan penilaian instrumen hutang adalah bergantung kepada model perniagaan Kumpulan dan
KWAP bagi pengurusan aset dan ciri-ciri aliran tunai aset tersebut. Berdasarkan kepada faktor diatas,
Kumpulan dan KWAP mengklasifikasikan instrumen hutang mengikut salah satu daripada tiga (3) kategori
penilaian berikut:
Kos Yang Dilunaskan
Aset kewangan yang dipegang bagi kutipan aliran tunai kontraktual di mana aliran tunai tersebut mewakili
Pembayaran Semata-mata Pembayaran Principal dan Faedah (SPPI), dan bukan dikelaskan sebagai
FVTPL, dinyatakan pada nilai Kos Yang Dilunaskan berdasarkan kepada kaedah pulangan berkesan. Nilai
dibawa aset diselaraskan dengan kerugian rosot nilai yang diiktiraf dan dinilai berdasarkan kepada model
Kerugian Kredit yang Dijangka (ECL). Pendapatan faedah dari aset kewangan yang dinyatakan pada nilai
Kos Yang Dilunaskan diiktiraf sebagai Pendapatan Faedah dalam Penyata Pendapatan Komprehensif.
Kerugian yang timbul dari rosot nilai aset instrumen kewangan diiktiraf sebagai Peruntukan Rosot
Nilai dalam Penyata Pendapatan Komprehensif. Kerugian yang timbul dari rosot nilai aset kewangan
selain daripada instrumen kewangan diiktiraf sebagai Peruntukan Rosot Nilai Aset Lain dalam Penyata
Pendapatan Komprehensif.
FVOCI
Aset kewangan yang dipegang bagi tujuan kutipan aliran tunai kontraktual dan jualan aset berikutnya di
mana aliran tunai aset tersebut mewakili SPPI, dan bukan diklasifikasikan sebagai FVTPL, dinilai pada
FVOCI. Perubahan pada nilai saksama diiktiraf melalui Pendapatan Komprehensif Lain, kecuali pengiktirafan
kerugian rosot nilai dinyatakan berdasarkan model ECL, pendapatan faedah dan untung atau rugi kadar
tukaran mata wang ke atas Kos Yang Dilunaskan bagi aset kewangan tersebut diiktiraf dalam untung atau
rugi. Pendapatan faedah yang diperolehi semasa aset kewangan berada dalam pegangan diiktiraf sebagai
Pendapatan Faedah menggunakan kaedah kadar faedah efektif. Apabila aset kewangan dinyahiktiraf,
untung atau rugi terkumpul yang diiktiraf terdahulu dalam Pendapatan Komprehensif Lain diklasifikasikan
semula sebagai untung atau rugi dalam Keuntungan dan Kerugian Daripada Jualan Pelaburan.
FVTPL
Aset kewangan yang tidak memenuhi syarat bagi Kos Yang Dilunaskan atau FVOCI, termasuklah aset
kewangan Dipegang Untuk Dagangan (HFT) dan derivatif, dinilai pada FVTPL. Apabila aset kewangan
dinyahiktiraf, keuntungan atau kerugian aset kewangan tersebut yang dinilai semula pada FVTPL dan
tidak merupakan sebahagian daripada hubungan lindung nilai, diiktiraf sebagai Keuntungan dan Kerugian
Daripada Jualan Pelaburan dalam untung atau rugi. Pendapatan faedah yang diperolehi semasa aset
kewangan berada dalam pegangan diiktiraf sebagai Pendapatan Faedah dalam untung atau rugi.