Page 151 - KWAP_AR2022
P. 151

DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  149


                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          2.  POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
             2.3  Syarikat Subsidiari Dan Asas Penyatuan (sambungan)

                 (c)  Gabungan perniagaan (sambungan)

                     Bagi pengambilalihan perniagaan oleh Kumpulan, penilaian ke atas aset dan liabiliti kewangan perlu
                     dilaksanakan  bagi  penentuan  pengelasan  dan  klasifikasi  yang  sesuai  mengikut  syarat-syarat  kontrak,
                     keadaan ekonomi dan keadaan lain pada tarikh pengambilalihan. Termasuk dalam penilaian ialah pemisahan
                     derivatif terbenam dalam kontrak asal oleh pihak yang diambilalih.

                     Sekiranya gabungan perniagaan dilaksanakan secara berperingkat, nilai saksama pada tarikh pengambilalihan
                     bagi kepentingan ekuiti terdahulu pembeli yang dipegang dalam syarikat yang diambilalih akan dinilai semula
                     kepada nilai saksama pada tarikh pengambilalihan berikutnya melalui untung atau rugi.
                     Lebihan agregat pertimbangan yang dipindahkan, amaun yang diiktiraf bagi Kepentingan Tak Mengawal dan
                     nilai saksama kepentingan ekuiti terdahulu pada tarikh pengambilalihan ke atas lebihan aset yang diambil
                     alih dan liabiliti yang ditanggung pada asalnya diiktiraf sebagai muhibah. Sekiranya pertimbangan tersebut
                     adalah lebih rendah daripada nilai saksama aset bersih syarikat subsidiari yang diambil alih, perbezaannya
                     dinyatakan dalam untung atau rugi.

                 (d)  Pelaburan dalam syarikat subsidiari dalam Penyata Kewangan yang berasingan
                     Dalam Penyata Kewangan berasingan KWAP, pelaburan dalam syarikat subsidiari dinyatakan pada nilai
                     kos setelah ditolak kerugian rosot nilai terkumpul. Pada pelupusan pelaburan dalam syarikat subsidiari,
                     perbezaan di antara hasil pelupusan dan nilai dibawa pelaburan diiktiraf dalam untung atau rugi.

                     Amaun terhutang daripada syarikat subsidiari di mana KWAP tidak menjangkakan pembayaran balik pada
                     masa hadapan akan dianggap sebagai sebahagian daripada pelaburan KWAP dalam syarikat subsidiari.

             2.4  Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu dan Kepentingan Usaha Sama

                 Syarikat bersekutu adalah entiti di mana Kumpulan mempunyai pengaruh signifikan, tetapi tiada kawalan atau
                 kawalan bersama, yang lazimnya mengiringi pegangan saham diantara 20% dan 50% daripada hak mengundi.
                 Pengaruh signifikan ialah kuasa untuk mengambil bahagian dalam keputusan dasar kewangan dan operasi
                 syarikat bersekutu tetapi bukan kawalan atau kawalan bersama untuk mengawal dasar-dasar tersebut.

                 Kewujudan dan kesan terhadap hak pengundian berpotensi yang boleh dilaksanakan atau ditukarkan adalah
                 diambilkira dalam penilaian pengaruh signifikan Kumpulan terhadap entiti lain.

                 Bagi pengambilalihan pelaburan dalam syarikat bersekutu atau usaha sama, sebarang lebihan kos pelaburan
                 ke atas bahagian Kumpulan bagi nilai saksama bersih aset dan liabiliti yang dikenal pasti dinyatakan sebagai
                 muhibah dan dimasukkan dalam nilai dibawa pelaburan. Sebarang lebihan bahagian Kumpulan bagi nilai saksama
                 bersih aset dan liabiliti yang dikenal pasti dan kos pelaburan dikecualikan daripada nilai dibawa pelaburan dan
                 sebaliknya diiktiraf sebagai pendapatan bagi menentukan bahagian untung atau rugi Kumpulan dalam syarikat
                 bersekutu atau usaha sama bagi tempoh di mana pengambilalihan pelaburan dilaksanakan.

                 Syarikat bersekutu atau usaha sama dinyatakan menurut kaedah ekuiti dari tarikh entiti diiktiraf sebagai syarikat
                 bersekutu atau usaha sama.
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156