Page 147 - KWAP_AR2022
P. 147

DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  145

                                              NOTA-NOTA KEPADA
                                             PENYATA KEWANGAN
                                      BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          1.  MAKLUMAT KORPORAT
             Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah Akta Kumpulan Wang
             Persaraan 2007 (Akta 662) dengan geran pelancaran sebanyak RM27.0 juta dari Kerajaan Persekutuan, Malaysia.
             Tanggungjawab utama KWAP adalah untuk mengurus Kumpulan Wang Persaraan (Dana) sejajar dengan seksyen
             13 Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) untuk mencapai pulangan optimum atas pelaburannya. Sumber
             utama Dana KWAP adalah diperoleh dari peruntukan tahunan daripada Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan
             dan lain-lain Agensi, penerimaan bahagian Kerajaan daripada peruntukan ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan
             agensi-agensi lain, serta pendapatan pelaburan. Dana KWAP dilaburkan dalam kelas-kelas aset berpandukan kepada
             Peruntukan Aset Strategik serta Polisi dan Garis Panduan Pelaburan yang dicadangkan oleh pihak Panel Pelaburan dan
             diluluskan oleh pihak Lembaga. Dana KWAP akan digunakan untuk membantu pembiayaan liabiliti pencen Kerajaan
             oleh Kerajaan Persekutuan.

             Berkuat kuasa dari 1 November 2015, KWAP secara rasminya telah dilantik sebagai ejen kepada Kerajaan bagi
             pengurusan serta operasi pembayaran pencen secara keseluruhan.

             Aktiviti utama syarikat subsidiari, syarikat bersekutu dan usaha sama diperjelaskan dalam Nota 10, Nota 11 dan
             Nota 12. Tiada perubahan signifikan dari segi sifat aktiviti utama Kumpulan dan KWAP sepanjang tahun kewangan.

             KWAP adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dan bermastautin di Malaysia. Alamat berdaftar dan tempat
             perniagaan utama KWAP terletak di Aras 36, Menara Integra, The Intermark, 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

             Penyata-penyata Kewangan Kumpulan dan KWAP bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 telah diterima dan diluluskan
             oleh pihak Lembaga KWAP pada 29 Ogos 2023.


          2.  POLISI PERAKAUNAN PENTING

             2.1  Asas Penyediaan
                 Penyata-penyata Kewangan Kumpulan dan KWAP telah disediakan berdasarkan Malaysian Financial Reporting
                 Standards (MFRS), International Financial Reporting Standards (IFRS) dan Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007.
                 Penyata-penyata Kewangan Kumpulan dan KWAP telah disediakan di bawah konvensyen kos sejarah melainkan
                 jika dinyatakan sebaliknya menerusi rumusan polisi perakauan penting.
                 Penyediaan Penyata Kewangan dibentangkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang merupakan mata wang
                 fungsian Kumpulan dan KWAP di mana semua nilai dibundarkan kepada ribuan ringgit Malaysia yang terhampir,
                 melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152