Page 149 - KWAP_AR2022
P. 149
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 147
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.3 Syarikat Subsidiari Dan Asas Penyatuan
(a) Subsidiari
Subsidiari ialah entiti di mana Kumpulan mempunyai kriteria-kriteria berikut:
• Kuasa untuk pelaksanaan kawalan ke atas polisi-polisi kewangan dan operasi untuk mengurus aktiviti
yang berkaitan dengan entiti;
• Pendedahan, atau hak, ke atas pulangan tidak tetap daripada pelaburan dalam entiti; dan
• Keupayaan penggunaan kuasa ke atas entiti untuk mempengaruhi pulangan daripada entiti.
Syarikat subsidiari digabungkan sepenuhnya dari tarikh di mana kawalan dipindahkan kepada Kumpulan
dan diasingkan dari tarikh kawalan luput. Pelaburan dalam saham tidak tersiar harga syarikat subsidiari
dinyatakan pada nilai kos di mana amaun tersebut diselaraskan kepada nilai boleh pulih termasuk kerugian
rosot nilai bagi tahun berkenaan, sekiranya ada. Polisi yang berkaitan dengan pengiktirafan dan pengukuran
rosot nilai aset bukan kewangan adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 2.18.
Kos pengambilalihan dinyatakan pada nilai saksama aset yang diterima, instrumen ekuiti yang diterbitkan
dan liabiliti sedia ada yang tertunggak atau liabiliti yang diambil alih pada tarikh penukaran, termasuk kos
pengambilalihan secara langsung, sekiranya ada.
Aset dan liabiliti yang dikenal pasti bagi tujuan pengambilalihan serta liabiliti luar jangka yang perlu
ditanggung semasa gabungan perniagaan pada asalnya dinyatakan mengikut nilai saksama pada tarikh
pengambilalihan, tanpa mengambil kira Kepentingan Tak Mengawal, sekiranya ada.
Perubahan kepentingan pemilikan dalam syarikat subsidiari tanpa perubahan kawalan
Transaksi dengan Kepentingan Tak Mengawal yang tidak mengakibatkan kehilangan kawalan dikira sebagai
transaksi dengan pemilik ekuiti Kumpulan. Perubahan dalam kepentingan pemilikan akan mengakibatkan
pelarasan antara nilai dibawa Kepentingan Mengawal dan Kepentingan Tak Mengawal untuk menunjukkan
kepentingan relatif pemilik dalam syarikat subsidiari tersebut. Perbezaan di antara amaun pelarasan ke atas
Kepentingan Tak Mengawal dan sebarang pertimbangan yang dibayar atau diterima diiktiraf dalam ekuiti
yang boleh diagihkan kepada pemilik Kumpulan, sekiranya ada.
Pelupusan subsidiari
Apabila syarikat subsidiari tidak lagi digabungkan disebabkan oleh kehilangan kawalan, kepentingan
tertahan dalam entiti diukur semula pada nilai saksama di mana perubahan dalam nilai dibawa diiktiraf dalam
untung atau rugi, sekiranya ada. Nilai saksama ini menjadi nilai awal yang dibawa bagi tujuan perakaunan
susulan kepentingan tertahan sebagai syarikat bersekutu, usaha sama atau aset kewangan. Di samping itu,
sebarang amaun terdahulu yang diiktiraf dalam Pendapatan Komprehensif Lain berkenaan dengan entiti
tersebut diambil kira sebagai pelupusan secara langsung aset atau liabiliti yang berkaitan oleh Kumpulan.
Ini boleh menyebabkan reklasifikasi amaun terdahulu yang diiktiraf dalam Pendapatan Komprehensif Lain
kepada untung atau rugi. Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan syarikat subsidiari juga merangkumi
nilai dibawa muhibah yang berkaitan dengan syarikat subsidiari.