Page 153 - KWAP_AR2022
P. 153

DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  151


                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          2.  POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
             2.4  Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu dan Kepentingan Usaha Sama (sambungan)

                 Kehilangan pengaruh penting atau kawalan bersama
                 Apabila Kumpulan berhenti merekod syarikat-syarikat bersekutu atau usaha sama berdasarkan kaedah ekuiti
                 disebabkan oleh kehilangan pengaruh penting atau kawalan bersama, sebarang kepentingan tertahan dalam
                 entiti akan dinilai semula kepada nilai saksama di mana sebarang perubahan ke atas nilai dibawa diiktiraf dalam
                 untung atau rugi, sekiranya ada. Nilai saksama ini akan menjadi nilai dibawa awal bagi tujuan perakaunan susulan
                 kepentingan tertahan sebagai aset kewangan. Di samping itu, sebarang jumlah terdahulu yang diiktiraf dalam
                 Pendapatan Komprehensif Lain berkenaan dengan entiti tersebut diambil kira sebagai pelupusan secara langsung
                 bagi aset atau liabiliti yang berkaitan dengan Kumpulan. Ini boleh menyebabkan reklasifikasi amaun terdahulu yang
                 diiktiraf dalam Pendapatan Komprehensif Lain kepada untung atau rugi.
                 Sekiranya terdapat pengurangan ke atas kepentingan pemilikan dalam syarikat bersekutu ataupun usaha sama
                 di  mana  pengaruh  signifikan atau kawalan  bersama  adalah dikekalkan,  hanya sebahagian daripada  bahagian
                 Kumpulan dalam amaun terdahulu yang diiktiraf dalam Pendapatan Komprehensif Lain direklasifikasikan kepada
                 untung atau rugi, jika perlu.

                 Pencairan keuntungan atau kerugian yang timbul daripada pelaburan dalam syarikat bersekutu atau usaha sama
                 diiktiraf dalam untung atau rugi.

                 Pelaburan dalam syarikat bersekutu dan usaha sama dalam Penyata Kewangan yang berasingan
                 Dalam Penyata Kewangan berasingan KWAP, pelaburan dalam syarikat bersekutu dan usaha sama dinyatakan
                 pada nilai kos setelah ditolak kerugian rosot nilai terkumpul, sekiranya ada. Pada pelupusan pelaburan dalam
                 syarikat bersekutu dan usaha sama, perbezaan antara hasil pelupusan dan nilai dibawa pelaburan diiktiraf dalam
                 untung atau rugi.

             2.5  Aset Tidak Ketara
                 Aset tidak ketara yang diperolehi secara berasingan pada asalnya dinyatakan pada nilai kos. Berikutan
                 pengiktirafan asal, aset tidak ketara dinyatakan pada nilai kos setelah ditolak Kos Yang Dilunaskan terkumpul dan
                 kerugian rosot nilai terkumpul, sekiranya ada. Jangka hayat aset tidak ketara sama ada terhad atau tidak terhad
                 ditentukan. Aset tidak ketara dengan jangka hayat terhad dilunaskan berdasarkan kaedah garis lurus sepanjang
                 anggaran jangka hayat ekonomi dan rosot nilai diambil kira apabila terdapat tanda rosot nilai, sekiranya perlu.
                 Tempoh pelunasan dan kaedah pelunasan bagi aset tidak ketara dengan jangka hayat terhad disemak semula
                 pada setiap tarikh laporan.

                 Perubahan dalam jangka hayat atau corak penggunaan berkaitan dengan manfaat ekonomi masa hadapan
                 aset diiktiraf melalui perubahan ke atas tempoh atau kaedah pelunasan, di mana bersesuaian, dan diambil kira
                 sebagai perubahan dalam andaian perakaunan. Kos pelunasan bagi aset tidak ketara dengan jangka hayat terhad
                 direkodkan dalam untung atau rugi.
                 Aset tidak ketara dengan jangka hayat tidak terhad atau belum bersedia untuk tujuan kegunaan disemak bagi
                 tujuan rosot nilai setiap tahun, atau lebih kerap, apabila terdapat tanda bahawa nilai dibawa aset mungkin dirosot
                 nilai sama ada secara individu atau pada peringkat Unit Penjana Tunai (CGU). Aset tidak ketara tersebut tidak
                 tertakluk kepada pelunasan. Jangka hayat bagi aset tidak ketara dengan jangka hayat tidak terhad disemak semula
                 setiap tahun untuk menentukan kebolehlaksanaan penilaian jangka hayat. Sekiranya jangka hayat tersebut tidak
                 boleh disokong, perubahan daripada jangka hayat tidak terhad kepada jangka hayat terhad dilaksanakan secara
                 prospektif.
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158