Page 154 - KWAP_AR2022
P. 154

152            KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)  DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK



                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          2.  POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
             2.5  Aset Tidak Ketara (sambungan)

                 Keuntungan atau kerugian daripada penyahiktirafan aset tidak ketara dinyatakan sebagai perbezaan di antara
                 hasil pelupusan bersih dan nilai dibawa aset dan diiktiraf dalam untung atau rugi apabila penyahiktirafan
                 dilaksanakan.

                 Susut nilai bagi aset tidak ketara dengan jangka hayat terhad diperuntukan mengikut kaedah garis lurus di mana
                 kos setiap aset dihapus kira kepada nilai sisa berdasarkan kadar susut nilai yang berikut:

                 Perisian komputer dan lesen                                                        33.33%
             2.6  Hartanah Dan Peralatan

                 Hartanah dan peralatan pada asalnya dinyatakan pada nilai kos, setelah ditolak amaun cukai yang ditanggung,
                 kecuali jika cukai tersebut tidak dapat diperoleh balik daripada kerajaan. Sekiranya cukai yang ditanggung tidak
                 dapat diperoleh balik daripada kerajaan, cukai tersebut diiktiraf sebagai sebahagian daripada kos perolehan
                 hartanah dan peralatan. Kos bagi sesuatu item hartanah dan peralatan diiktiraf sebagai aset jika, dan hanya jika,
                 terdapat kebarangkalian besar bahawa faedah ekonomi masa hadapan yang berkaitan dengan aset tersebut
                 akan diterima oleh Kumpulan dan KWAP dan kosnya boleh dinilai dengan yakin.

                 Selepas pengiktirafan asal, hartanah dan peralatan dinyatakan pada nilai kos setelah ditolak susut nilai terkumpul
                 dan rosot nilai terkumpul, sekiranya ada. Kos asal sesuatu item hartanah dan peralatan yang diiktiraf adalah
                 termasuk harga beli dan sebarang kos yang berkaitan secara langsung yang ditanggung untuk membawa
                 aset tersebut ke lokasi dan keadaan yang diperlukan untuk membolehkannya berfungsi mengikut cara yang
                 ditetapkan oleh Kumpulan dan KWAP. Kos juga termasuk kos pinjaman yang berkaitan secara langsung dengan
                 pengambilalihan, pembinaan atau pengeluaran aset layak.

                 Jika terdapat keperluan untuk menggantikan sebahagian besar daripada item hartanah dan peralatan, bahagian
                 tersebut diiktiraf sebagai aset individu dengan jangka hayat penggunaan serta susut nilai tersendiri. Begitu juga,
                 sekiranya terdapat pemeriksaan utama, kos penggantian bagi item hartanah atau peralatan diiktiraf dalam nilai
                 dibawa item tersebut, tertakluk kepada kriteria pengiktirafan yang ditetapkan. Kos-kos penambahbaikan dan
                 penyelenggaraan lain diiktiraf dalam untung atau rugi apabila ditanggung.
                 Susut nilai  bagi  hartanah  dan  peralatan  diperuntukan  mengikut kaedah  garis  lurus di  mana  kos setiap  aset
                 dihapus kira kepada nilai sisa berdasarkan kadar susut nilai yang berikut:
                 Renovasi Pejabat                                                                   16.67%
                 Komputer                                                                           20.00%
                 Lukisan                                                                            20.00%
                 Perabot dan Peralatan Pejabat                                                      20.00%
                 Peralatan Gimnasium                                                                20.00%
                 Kenderaan                                                                          20.00%
                 Peralatan Elektronik                                                               33.33%
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159