Page 152 - KWAP_AR2022
P. 152
150 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.4 Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu dan Kepentingan Usaha Sama (sambungan)
Pengambilalihan berkala dalam syarikat bersekutu
Apabila Kumpulan meningkatkan kepentingannya dalam pelaburan sedia ada atau pelaburan tersebut menjadi
syarikat bersekutu untuk kali pertama, Kumpulan akan menentukan kos pelaburan dalam penerima pelaburan
yang dikenal pasti menggunakan perakaunan ekuiti sebagai jumlah nilai saksama kepentingan awal pada
tarikh kepentingan signifikan diperoleh dan ditambah pertimbangan yang dibayar untuk sebarang penambahan
kepentingan. Rizab terdahulu dalam Nilai Saksama Melalui Pendapatan Komprehensif Lain (FVOCI) akan
dipindahkan ke Perolehan Tertahan atau kekal di dalam rizab FVOCI.
Peningkatan pegangan dalam syarikat bersekutu sedia ada dan pengekalan pengaruh penting
Kos pengambilalihan kepentingan tambahan dalam syarikat bersekutu ditambah kepada nilai dibawa syarikat
bersekutu dan diakaunkan mengikut kaedah ekuiti. Muhibah yang terhasil daripada pembelian pegangan
tambahan ditentukan dengan menggunakan maklumat nilai saksama pada tarikh pembelian kepentingan
tambahan. Tiada penilaian semula untuk kepentingan terdahulu yang dipegang dalam syarikat bersekutu tersebut.
Menurut kaedah ekuiti, pengiktirafan asal pelaburan dalam syarikat bersekutu atau usaha sama dinyatakan pada
nilai kos, dan seterusnya dilaraskan untuk mengambilkira bahagian Kumpulan dalam keuntungan atau kerugian
selepas pengambilalihan syarikat bersekutu atau usaha sama dalam untung atau rugi, dan bahagian Kumpulan
dalam pergerakan Pendapatan Komprehensif Lain syarikat bersekutu atau usaha sama dalam Pendapatan
Komprehensif Lain. Dividen yang diterima atau akan diterima daripada syarikat bersekutu atau usaha sama diiktiraf
sebagai pengurangan dalam nilai dibawa pelaburan tersebut. Sekiranya bahagian Kumpulan dalam kerugian
syarikat bersekutu atau usaha sama bersamaan atau melebihi kepentingan pelaburan dalam syarikat bersekutu
atau usaha sama tersebut (termasuk sebarang kepentingan jangka panjang yang secara inti pati, merupakan
bahagian Kumpulan dalam kepentingan pelaburan bersih syarikat bersekutu atau usaha sama), pengiktirafan
kerugian seterusnya tidak perlu dinyatakan oleh Kumpulan kecuali jika terdapat obligasi perundangan atau
konstruktif atau pembayaran yang dibuat bagi pihak syarikat bersekutu atau usaha sama, sekiranya ada.
Keuntungan atau kerugian daripada urus niaga huluan atau hiliran di antara Kumpulan dan syarikat bersekutu
atau usaha sama yang dinyatakan dalam Penyata Kewangan digabungkan hanya tertakluk kepada pelabur
tidak berkait dalam syarikat bersekutu atau usaha sama tersebut. Kerugian tidak nyata dihapuskan kecuali jika
transaksi tersebut membuktikan bahawa terdapat rosot nilai bagi aset yang telah dipindahkan.
Penyata Kewangan syarikat bersekutu dan usaha sama disediakan mengikut tarikh laporan yang sama dengan
Kumpulan. Pelarasan dibuat untuk menyeragamkan dasar perakaunan syarikat bersekutu dan usaha sama
dengan dasar Kumpulan, jika perlu.
Selepas perlaksanaan kaedah ekuiti, Kumpulan mengguna pakai piawaian MFRS 136: ‘Impairment of Assets’
(MFRS 136) bagi menentukan keperluan pengiktirafan kerugian rosot nilai tambahan terhadap pelaburan bersih
dalam syarikat bersekutu atau usaha sama, sekiranya ada. Keseluruhan nilai dibawa pelaburan diuji sebagai
satu aset untuk pengiraan rosot nilai berdasarkan piawaian MFRS 136 yang menggunakan perbandingan di
antara nilai boleh pulih (yang lebih tinggi antara nilai dibawa dan nilai saksama setelah ditolak kos jualan) dan
nilai dibawa, jika perlu. Kerugian rosot nilai diiktiraf dalam untung atau rugi, sekiranya ada. Penyataan semula
kerugian rosot nilai diiktiraf kepada tahap peningkatan nilai boleh pulih pelaburan.