Page 150 - KWAP_AR2022
P. 150
148 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.3 Syarikat Subsidiari Dan Asas Penyatuan (sambungan)
(b) Asas penyatuan
Penyata Kewangan digabungkan merangkumi Penyata-Penyata Kewangan KWAP dan syarikat-syarikat
subsidiari. Penyata Kewangan KWAP dan syarikat-syarikat subsidiari yang digunakan bagi penyediaan
Penyata Kewangan digabungkan adalah disediakan berdasarkan tarikh laporan yang sama. Dasar
perakaunan yang konsisten diguna pakai bagi transaksi dan peristiwa yang sama.
Sekiranya KWAP mempunyai hak mengundi bukan majoriti dalam sesuatu entiti, perkara-perkara berikut
perlu diambil kira dalam penilaian ke atas hak mengundi yang mencukupi berhubung dengan kuasa KWAP
ke atas entiti:
• Saiz hak mengundi KWAP berbanding dengan saiz dan pecahan pegangan pengundi lain;
• Potensi hak mengundi KWAP, pengundi lain atau pihak lain;
• Hak daripada perjanjian kontrak yang lain; dan
• Fakta atau peristiwa lain yang menggambarkan keupayaan semasa KWAP untuk mengarah aktiviti yang
relevan semasa keputusan dibuat termasuk corak undian dalam mesyuarat pemegang saham terdahulu.
Transaksi antara kumpulan, baki dan keuntungan tidak nyata daripada transaksi di antara KWAP dan syarikat
subsidiari adalah dihapuskan. Kerugian tidak nyata juga dihapuskan melainkan transaksi tersebut memberi
petunjuk rosot nilai ke atas aset yang dipindahkan. Penyata Kewangan digabungkan hanya menggambarkan
urus niaga luaran Kumpulan.
Kerugian antara syarikat subsidiari direkodkan dalam Kepentingan Tak Mengawal walaupun pelaksanaan
tersebut mengakibatkan baki defisit.
(c) Gabungan perniagaan
Pengambilalihan syarikat subsidiari dinyatakan menurut kaedah pengambilalihan. Kos pengambilalihan ialah
aggregat pertimbangan yang dipindahkan, yang diambil kira pada nilai saksama pada tarikh pengambilalihan
dan amaun Kepentingan Tak Mengawal dalam entiti, sekiranya ada. Kumpulan memilih untuk menilai
Kepentingan Tak Mengawal dalam syarikat yang diambilalih sama ada pada nilai saksama atau pada kadar
bahagian aset bersih yang dikenal pasti berdasarkan transaksi demi transaksi. Kos transaksi diktiraf sebagai
perbelanjaan pengurusan.
Sebarang pertimbangan luar jangka yang akan dipindahkan oleh pengambilalih akan diiktiraf pada nilai
saksama pada tarikh pengambilalihan. Perubahan dalam nilai saksama pertimbangan luar jangka yang
diiktiraf sebagai aset atau liabiliti, akan dinyatakan dalam Penyata Pendapatan Komprehensif, berdasarkan
MFRS 9 sama ada dalam untung atau rugi atau sebagai perubahan dalam Pendapatan Komprehensif Lain.
Penilaian semula tidak diperlukan sekiranya pertimbangan luar jangka diklasifikasikan sebagai ekuiti di mana
pembayaran berikutnya, jika ada, adalah dinyatakan dalam ekuiti.
Sekiranya pertimbangan luar jangka berada di luar skop MFRS 9, pertimbangan tersebut akan diambil kira
menggunakan piawaian MFRS yang sesuai.