Page 13 - KWAP_AR2022
P. 13

MEREALISASIKAN KETERJAMINAN MASA HADAPAN  Laporan Tahunan 2022  11

                                             PERUTUSAN


                           KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF




                 PERKHIDMATAN
                 PERSARAAN KWAP                    Pihak berkepentingan yang dihormati,
                 MELANGKAUI PERATUSAN
                 MINIMUM PADA                      Dalam menghadapi tahun yang penuh cabaran, Kumpulan
                                                   Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] terus berusaha
                 95%,
                 DENGAN PURATA                     dalam menjamin hari esok yang lebih baik. Saya bangga
                 SEBANYAK                          untuk melaporkan bahawa KWAP berjaya mengekalkan
                 98.42%                            pulangan persaraan dan prestasi yang lebih baik dalam
                                                   pelbagai aspek, di samping meletakkan asas yang lebih
                                                   kukuh untuk prestasi masa hadapan melalui program tiga
                                                   tahun, TERAS 5 dengan status kemajuan sebanyak 44%.
                 PENAWARAN PEKERJAAN

                 UNTUK 1,019 PESERTA
                 MYSTEP DI DALAM KWAP              MEMPERKUKUHKAN PRESTASI PELABURAN KAMI
                 DAN RAKAN STRATEGIK               Di sebalik ketidaktentuan global, fokus strategi KWAP yang jelas telah
                                                   membuahkan  hasil  dalam memastikan  ketahanannya,  serta prospek
                                                   masa hadapan diperkukuh dengan pelancaran TERAS 5 pada bulan
                                                   Ogos.

                                                   Dalam  memastikan  komponen  yang  tepat  untuk  menyokong
                                                   perkembangan yang mampan bagi manfaat pesara hari ini dan masa
                                                   hadapan yang merupakan usaha jangka panjang KWAP, TERAS 5
                                                   dijangka  akan  mendorong  pelaburan  KWAP  yang  meliputi  pelbagai
                                                   kelas  aset, melalui  penambahbaikan  dari  segi  struktur,  tadbir  urus,
                                                   modal insan, proses dan digital. Ini telah menyumbang kepada Alokasi
                                                   Aset Strategik yang lebih teguh dan mengukuhkan lagi fokus KWAP
                                                   dalam menambah baik strategi pelaburan untuk memperoleh pulangan
                                                   optimum pada 2022.
                                                   Melalui pelaburan kami dalam ekuiti, prestasi kadar pulangan
                                                   berwajaran masa (TWRR) untuk ekuiti domestik mengatasi penanda
                                                   aras pada 643 mata asas manakala ekuiti antarabangsa pula mengatasi
                                                   penanda aras sebanyak 40 mata asas, sekaligus mengatasi prestasi
                                                   penanda aras campuran sebanyak 500 mata asas.

                                                   Dalam ketidakstabilan persekitaran global pada tahun ini, portfolio
                                                   pendapatan tetap KWAP turut mengukuh dengan menjana pulangan
                                                   TWRR sebanyak 2.7%, mengatasi penanda aras sebanyak 18 mata
                                                   asas. Sukacita saya melaporkan antara usaha-usaha berterusan
                                                   KWAP dalam menuju ke arah masa hadapan yang lebih mampan,
                                                   portfolio pendapatan tetap kami juga telah menerapkan aspek Alam
                                                   Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam proses pelaburan.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18