Page 8 - KWAP_AR2022
P. 8
MEREALISASIKAN
KETERJAMINAN MASA HADAPAN
Bagi menambah baik penyampaian nilai ketika dunia beralih ke era pasca pandemik, kami
perlu terus teguh dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran.
Berpegang teguh pada prinsip tersebut, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP]
terus maju ke hadapan demi pulangan pelaburan yang lebih tinggi, melalui program TERAS 5.
Dalam memberi fokus untuk menambah baik keupayaan dan kemahiran melalui program
TERAS 5, lima penggerak telah dikenalpasti iaitu struktur, tadbir urus, modal insan, proses
dan digital. Ini dapat meningkatkan keupayaaan kami bagi menjadi pemangkin pelaburan
yang dapat memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia secara langsung sekaligus dapat
meningkatkan saiz dana dan mutu perkhidmatan kami kepada pesara.