Page 9 - KWAP_AR2022
P. 9
MEREALISASIKAN KETERJAMINAN MASA HADAPAN Laporan Tahunan 2022 7
PERUTUSAN
PENGERUSI
JUMLAH SAIZ DANA
RM158.10 TRANSFORMASI UNTUK KEBAIKAN BERSAMA
bilion Pihak berkepentingan yang dihormati,
Menjadi aspirasi kami untuk terus berkembang saban tahun,
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] telah
PENDAPATAN PELABURAN mengorak langkah dalam perkhidmatan dan penyampaian
KASAR nilai pada 2022, berpaksikan model transformasi Program
RM7.01 TERAS 5. Saya dengan sukacitanya membentangkan
bilion Laporan Tahunan untuk KWAP bagi tahun kewangan berakhir
31 Disember 2022.
KADAR PULANGAN MENCARI KESEIMBANGAN DALAM PELBAGAI
BERWAJARAN MASA KETIDAKTENTUAN
TAHUNAN UNTUK Secara umumnya, ramai menjangkakan akan terdapat pemulihan
PURATA 10 TAHUN positif terhadap semua sektor pasca pandemik pada 2022. Walau
5.3% bagaimanapun, ketidaktentuan ekonomi ini telah berterusan daripada
cabaran-cabaran antarabangsa seperti ketegangan geopolitik antara
Rusia-Ukraine, peningkatan inflasi, gangguan kepada rantaian bekalan
dan komplikasi akibat pandemik COVID-19 yang berpanjangan. Risiko
pasaran antarabangsa yang tidak menentu dan cabaran terhadap
kelas aset telah mengakibatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) yang lebih perlahan kepada 3.4% daripada 6.3% yang
direkodkan pada 2021.
Namun begitu, pertumbuhan domestik masih kekal teguh di mana
Malaysia merekodkan pertumbuhan tahunan KDNK sebanyak 8.7%
pada 2022. Aktiviti perdagangan eksport meningkat sebanyak 25%
tahun ke tahun dengan rekod tertinggi dicatatkan pada RM1.6 trilion
pada 2022. Tambahan lagi, peningkatan keyakinan pelabur dan aktiviti
pelaburan asing menyaksikan aliran masuk bersih pelaburan langsung
asing (FDI) melonjak kepada RM73.3 bilion pada 2022 berbanding
RM48.1 bilion yang direkodkan pada 2021. Disokong oleh faktor ini,
pasaran modal Malaysia pada 2022 kekal berdaya tahan pada jumlah
RM3.6 trilion pada 2022. Jumlah dana yang diperoleh dalam pasaran
modal sebanyak RM179.4 bilion juga merupakan yang tertinggi pernah
dicatatkan, di mana sebahagian besar dicatatkan melalui terbitan bon
korporat dan sukuk. Walaupun pertukaran dagangan derivatif mencatat
rekod dagangan tertinggi sebanyak 18.8 juta lot, keseluruhan penilaian
yang semakin lemah telah mengakibatkan penurunan aset di bawah
pengurusan (AUM) kepada RM906.5 bilion.