Page 61 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 61

MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN  MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI  MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN  MAKLUMAT LAIN









                                        Persidangan ASEAN Social Security Association 2023

                                        Pada 20 November 2023, Persidangan ASEAN Social Security Association (ASSA)
                                        2023 dan Mesyuarat Lembaga ASSA ke-40 telah diadakan di Kuala Lumpur.

                                        Persidangan  yang  bertemakan  Embracing  Diversity,  Building  a  Shared  Future,
                                        mendalami sistem keselamatan sosial yang inklusif dan mampan, yang menekankan
                                        pada peningkatan liputan, peruntukan persaraan yang mencukupi dan menggalakkan
                                        kemampanan. Persidangan ini menawarkan platform untuk menangani cabaran
                                        semasa, bertukar perspektif dan memupuk rangkaian dan kerjasama. Program ini
          Mesyuarat Lembaga ASSA ke-40 di   telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin
          Kuala Lumpur.                 Haji Maslan dan dihadiri lebih 300 orang peserta, yang menghimpunkan perwakilan
                                        daripada lebih 20 institusi ahli ASSA di seluruh Asia Tenggara, pakar dari Persatuan
                                        Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),
                                        serta pemimpin dalam keselamatan sosial.

                                        Persidangan itu juga menandakan ulang tahun ASSA yang ke-25 yang meraikan
                                        komitmennya untuk mempertingkatkan inisiatif keselamatan sosial di seluruh rantau
                                        ASEAN. Selain itu, ia juga membuktikan kerjasama erat dan usaha kerjasama oleh
                                        KWAP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan
                                        Sosial  (PERKESO).  Acara  ini  diketuai  oleh  Kumpulan  Wang  Simpanan Pekerja
                                        (KWSP) sebagai Naib Pengerusi ASSA 2022/2023 dan dihoskan bersama KWAP dan
                                        PERKESO.



                                        Kunjungan Rasmi YB Steven Sim chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II
                                        Pada 3 Mei 2023, KWAP menerima kunjungan Timbalan Menteri Kewangan II, YB
                                        Tuan Steven Sim Chee Keong. Kunjungan ini bertujuan untuk memberi pemahaman
                                        yang menyeluruh mengenai struktur operasi dan pelaburan perniagaan KWAP,
                                        selain memupuk dan mengekalkan hubungan kukuh antara KWAP dan Kementerian
                                        Kewangan (MOF). Kunjungan rasmi ini merupakan peluang berharga untuk delegasi
                                        MOF agar lebih memahami fungsi-fungsi KWAP, khususnya dalam memajukan
                                        ekosistem persaraan dan Pelan Transformasi TERAS 5.


          YB Tuan Steven Sim Chee Keong
          bersama barisan Pengurusan Kanan
          KWAP.














                                                                                                         59
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66