Page 58 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 58

MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN   MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA  MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN  MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN



         MODAL INTELEK (SAMBUNGAN)




                                        2.   Anugerah MyPesara
                                           Anugerah MyPesara yang berlangsung pada 20 Disember merupakan platform
                                           bagi mengiktiraf sumbangan berharga para pesara perkhidmatan awam dan
                                           menjadi pendorong untuk aspirasi persaraan mereka. Dengan kerjasama JPA,
                                           KWAP berbesar hati memberi penghormatan kepada individu-individu ini dan
                                           terus menyokong mereka dalam menyumbang kepada masyarakat.
                                           Anugerah MyPesara merangkumi tiga kategori: Pendidikan, Khidmat Sosial dan
                                           Masyarakat, serta Keusahawanan. Anugerah ini terbuka untuk warga Malaysia
                                           berusia 55 tahun ke atas, yang kini menerima wang persaraan bulanan daripada
                                           kerajaan, serta yang telah bersara daripada perkhidmatan awam Persekutuan
                                           dan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Dalam acara
                                           Anugerah MyPesara ini, para pesara yang berikut telah diiktiraf untuk sumbangan
                                           mereka:
          Penerima hadiah sagu hati Anugerah
          MyPesara.                        i.   Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamaruddin bin Hussin, yang pernah berkhidmat
                                              sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), merupakan
                                              pemenang bagi Kategori Pendidikan. Beliau diiktiraf untuk penglibatan
                                              aktif dalam memajukan agenda pendidikan kebangsaan dan Negeri Perlis
                                              menerusi pelbagai usaha secara sukarela. Beliau juga menerima anugerah
                                              Utama dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta
                                              trofi dan sijil penghargaan.
                                           ii.   Dr. Loji Roji bin Saibi, mantan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, menerima
                                              pengiktirafan dalam Kategori Khidmat Sosial dan Masyarakat. Beliau
                                              diiktiraf untuk komitmen dalam membantu masyarakat setempat menerusi
                                              pelbagai aktiviti bermanfaat termasuk pengendalian kelas-kelas Al-Quran
                                              serta projek-projek memperbaiki kuarters perumahan guru.
                                           iii.   Encik Mohd Hedzir bin Borhan, mantan Penolong Pengarah Kastam, diiktiraf
                                              dalam Kategori Keusahawanan dalam usaha mewujudkan peluang-peluang
                                              penjanaan pendapatan untuk masyarakat menerusi perniagaan pembekal
                                              kayu balak milik beliau.
          Dato’ Mohd Shaiful Ibrahim, Timbalan      Pemenang setiap kategori menerima wang tunai sebanyak RM10,000, trofi dan
          Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam   sijil penghargaan. Pada masa yang sama, pemenang hadiah sagu hati menerima
          (Operasi) menyampaikan ucapannya.  wang tunai RM3,000, trofi dan sijil penghargaan.
                                        Pelancaran Dana Perintis

                                        KWAP merasmikan Dana Perintis, dana yang bernilai RM500 juta bagi mendorong
                                        semangat inovasi dan keusahawanan di seluruh Malaysia. Inisiatif strategik ini bertujuan
                                        sebagai penggerak untuk negara ke arah kepimpinan ekonomi dengan menyokong
                                        perusahaan pemula dalam enam aspek utama: ekonomi digital, rangkuman kewangan,
                                        jaminan bekalan makanan, pendidikan, ekonomi penuaan dan peralihan tenaga.
                                        Dirasmikan oleh Menteri Ekonomi, YB Tuan Rafizi Ramli, Dana Perintis
                                        menggariskan  komitmen  KWAP  dalam  memupuk  ekosistem  inovasi  dan
         YB Tuan Rafizi Ramli bersama ahli   pertumbuhan yang dinamik. Dengan memperkasakan pengusaha tempatan dan
         Lembaga, ahli panel pelaburan dan   menyediakan penyelesaian yang inovatif, dana ini bertindak memacu kemakmuran
         Pengurusan Kanan KWAP semasa   yang mampan dan menjadikan Malaysia sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi
         pelancaran Dana Perintis.
                                        serantau. Menerusi inisiatif ini, KWAP menegaskan komitmennya dalam memupuk
                                        bakat, mempromosikan kemajuan teknologi dan mencipta persekitaran yang
                                        berkembang maju untuk perusahaan pemula.

          56  KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63