Page 60 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 60

MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN   MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA  MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN  MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN



         MODAL INTELEK (SAMBUNGAN)




                                        Mesyuarat Agung Tahunan IIc
                                        Pada 21 Jun 2023, Majlis Pelabur Institusi (IIC) telah melantik CEO KWAP, Datuk
                                        Hajah Nik Amlizan Mohamed, sebagai Pengerusi Lembaga Majlis IIC. Berikutan
                                        pelantikan tersebut, KWAP menjadi hos untuk Mesyuarat Agung Tahunan ke-4 IIC
                                        dan Mesyuarat Majlis ke-29 di Menara Integra, Kuala Lumpur bagi membincangkan
                                        dan memaklumkan ahli-ahli mengenai aktiviti-aktiviti organisasi serta pelan
                                        perniagaan akan datang.
                                        Penyertaan aktif KWAP dalam IIC menegaskan lagi komitmen kami dalam memupuk
                                        budaya  kecemerlangan  tadbir  urus  dan  memacu  inovasi  dalam  persekitaran
          Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed
          memberi ucapan pembukaan semasa   pelaburan. IIC menyedari bahawa tadbir urus korporat membentuk asas kepada
          Mesyuarat Agung Tahunan IIC Ke-4.  amalan-amalan  mampan  perniagaan,  yang  melangkaui  teras  pada  kemampanan.
                                        Ia merupakan perkara penting dalam menangani hal-hal yang berkaitan dengan
                                        sosial dan alam sekitar secara efektif dalam kalangan badan-badan negara. Kami
                                        beriltizam untuk meningkatkan daya tarik dan daya saing pasaran modal Malaysia
                                        pada peringkat global, seterusnya menjadi negara peneraju dalam pelaburan yang
                                        bertanggungjawab dan mengamalkan amalan-amalan perniagaan mampan di
                                        rantau ini.

                                        Majlis Menandatangani Pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) dan
                                        Pengenalan Integrasi Data antara JPA, KWAP dan LPPSA
                                        Pada 20 Jun 2023, JPA, KWAP dan LPPSA memperbaharui memorandum
                                        persefahaman (MoU) mereka dalam majlis yang disaksikan oleh Timbalan Menteri
                                        Kewangan I, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan. Acara ini tertumpu kepada
                                        kemajuan dan kejayaan berikutan daripada inisiatif integrasi data mereka yang
                                        bermula dengan MoU tidak mengikat yang dimeterai pada Julai 2020.

          Majlis Menandatangani Pembaharuan   MoU pada tahun 2020 adalah bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerja dalam
          Memorandum Persefahaman (MoU) dan   integrasi data antara KWAP dan LPPSA bagi meningkatkan proses-proses yang
          Pengenalan Integrasi Data, dengan wakil
          dari MOF, JPA, KWAP dan LPPSA.  berkaitan dengan pembayaran semula pinjaman perumahan untuk para pesara.
                                        Integrasi ini berjaya dilaksanakan pada Disember 2022, lantas membuktikan impak
                                        transformatif projek tersebut.





















          58  KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65