Page 59 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 59
MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN MAKLUMAT LAIN
Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Kewangan 1
Pada 7 April 2023, KWAP menerima kunjungan YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji
Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I, di Pejabat Utama Menara Integra, Kuala
Lumpur. Kunjungan rasmi ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dengan
Kementerian Kewangan serta menegaskan peranan KWAP dalam ekosistem
persaraan di bawah Pelan Transformasi TERAS 5.
Berikutan kunjungan tersebut, satu sidang akhbar diadakan bersama Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) KWAP, Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, dan Ketua Pegawai
Pelaburan (CIO) KWAP, Encik Hazman Hilmi Sallahuddin. Persidangan ini tertumpu
pada peningkatan kualiti persaraan menerusi program-program libat urus MyPesara.
YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Sorotan utama acara adalah perasmian slogan baharu Teman Persaraan Anda oleh
Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I Timbalan Menteri, yang menekankan komitmen KWAP dalam menyokong pihak
merasmikan slogan KWAP Teman berkepentingan utama iaitu para pesara Malaysia menerusi program-program yang
Persaraan Anda.
mempromosikan gaya hidup produktif dan persaraan yang mampan.
Forum Pencarum yang Pertama
Kami telah mengadakan Forum Pencarum 2023 yang pertama dengan tema Merintis
Evolusi Corak Kerja pada 5 September 2023, yang bertempat di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur. Forum ini dirasmikan oleh mantan Timbalan Menteri Kewangan I,
YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan. Platform ini memberi peluang kepada
majikan yang mencarum untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan pengetahuan
mengenai trend tempat kerja yang baharu muncul serta cabaran-cabaran berkaitan
Masa Hadapan Pekerjaan. Objektif utama forum ini adalah untuk berkongsi idea dan
strategi agar majikan-majikan dapat menerima perubahan dan digitalisasi dengan
berkesan.
Forum Pencarum sulung KWAP 2023 Forum pertama ini melibatkan lebih 500 peserta termasuk majikan, wakil
dengan tema Merintis Evolusi Corak kementerian dan ahli-ahli Pejabat Setiausaha Negeri, dengan kadar kepuasan
Kerja.
sebanyak 97%.
Mandat cEO kepada Pengurus Dana Luar
Pada 10 Februari 2023, KWAP telah mengadakan sesi libat urus tahunan antara
CEO dan pengurus dana luar yang dilantik. Sesi libat urus ini menghimpunkan pihak
berkepentingan utama dalam ekosistem pelaburan KWAP bagi memupuk ketelusan,
kesefahaman dan pertumbuhan kolaboratif. Pertemuan ini bertujuan untuk
berkongsi pandangan mengenai prestasi portfolio bagi pelbagai kelas-kelas aset,
mempamerkan pencapaian-pencapaian utama sepanjang tahun, menggariskan
harapan KWAP untuk tahun-tahun akan datang dan menyediakan platform untuk
dialog terbuka antara pengurus luar dan barisan kepimpinan kanan KWAP.
Sesi ini membolehkan pengurus dana berbincang secara langsung dengan CEO, CIO
Barisan pengurusan KWAP dan dan pengurusan kanan KWAP, memberi peluang untuk mereka berkongsi pendapat,
pengurus dana luar yang dilantik menyuarakan kebimbangan dan memperkukuhkan hubungan profesional. Ia juga
semasa acara tahunan Mandat Ketua merupakan peluang untuk KWAP mendapatkan maklum balas penting mengenai
Pegawai Eksekutif. proses-proses pelaburan, kehendak-kehendak pelaporan dan maklumat berkaitan
dengan pasaran daripada pengurus luar. Perbincangan mengenai rancangan
masa hadapan menjadi penutup kepada sesi ini yang menyelaraskan visi strategik
KWAP dengan keupayaan pengurus dana luar, yang merangkumi peluang-peluang
pelaburan baharu muncul serta strategi-strategi inovatif bagi meningkatkan pulangan
selain menguruskan risiko. 57