Page 118 - KWAP_AR2022
P. 118

116            KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)  MEMPERKUKUHKAN TADBIR URUS KORPORAT





                                        PENGURUSAN RISIKO DAN PEMATUHAN




           Analisis Risiko yang Dipertingkatkan

            •   Mewujudkan kerangka ujian tekanan yang berstruktur dan tertakrif bagi menjalankan analisis senario berdaya
               maju. Proses ujian tekanan KWAP merangkumi penjanaan senario, penterjemahannya kepada parameter risiko
               menerusi kuantifikasi makroekonomi, serta penilaian impak senario tersebut ke atas pasaran dan untung rugi
               KWAP. Semua ini mendorong kepada pembentukan pelan tindakan bagi menangani risiko dan merebut peluang.
            •   Pada 2022, kami telah melaksanakan beberapa ujian tekanan yang meliputi pelbagai risiko baharu muncul.

           Inisiatif TERAS 5: Kerangka Tadbir Urus Korporat KWAP yang Diperhalusi

            •   Selain Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 serta Piagam Lembaga dan Panel Pelaburan, KWAP telah
               mewujudkan beberapa garis panduan dan melaksanakan beberapa inisiatif berkaitan Tadbir Urus Korporat.
            •   Kerangka Tadbir Urus Korporat baharu yang diluluskan oleh Lembaga pada 2022, dijangka dapat mempertingkatkan
               tadbir urus korporat KWAP dengan memperkemaskan dan memperkukuhkan pelbagai elemen tadbir urus.
            •   Objektif Kerangka Tadbir Urus Korporat ini adalah untuk menyediakan satu kajian ke atas struktur tadbir urus
               korporat, prinsip-prinsip dan amalan-amalan berkaitan aktiviti perniagaan KWAP.
            •   Kerangka ini juga bertujuan mempromosikan pendekatan tadbir urus korporat yang lebih telus, bersepadu dan
               cekap selain menyediakan panduan jelas tentang autoriti di dalam KWAP.
           Inisiatif TERAS 5: Penyelarasan Semula Jawatankuasa Pengurusan dan Kumpulan Kerja di KWAP


            •   KWAP telah mencatat banyak pencapaian sepanjang beberapa tahun lalu. Walau bagaimanapun, pertumbuhan
               organik  memerlukan  KWAP  untuk menetapkan  struktur  jawatankuasa  yang  cekap  dan  kukuh  yang  boleh
               memenuhi keperluan fasa seterusnya dalam lonjakan pertumbuhan kami.
            •   Oleh itu, KWAP telah menjalankan penilaian teliti ke atas struktur Jawatankuasa Pengurusan dan Kumpulan
               Kerja yang sedia ada bagi menentukan penjajaran dan keberkesanannya dalam mempertingkatkan kecekapan
               tadbir urus, pengurusan dan operasi. Penyusunan semula ini merasionalisasi struktur jawatankuasa dan
               mengurangkan bilangan jawatankuasa sebanyak 33 peratus. Ini dicapai secara mengurangkan jawatankuasa
               dengan tanggungjawab yang bertindih, jawatankuasa yang akan bersara dengan tanggungjawab yang tidak lagi
               perlu, sementara memastikan pengawasan yang betul untuk perbincangan jawatankuasa. Tindakan menetapkan
               saiz yang betul bagi jawatankuasa dan keahlian adalah perlu bagi memastikan kepakaran yang wajar bagi
               memaksimumkan kecekapan dan keberkesanan jawatankuasa.
            •   Struktur Jawatankuasa Pengurusan dan Kumpulan Kerja yang disemak semula telah diluluskan oleh Lembaga
               pada 2022. Ia bertujuan untuk mengukuhkan keberkesanan dalam membuat keputusan di peringkat pengurusan
               dan meningkatkan kecekapan operasi di seluruh organisasi.

           Lawatan ke Tapak Hartanah/Syarikat Bersekutu/Pelaburan Berpotensi KWAP

            •   KWAP  telah  membuat  lawatan  ke  tapak  hartanah  dan  pejabat-pejabat  pengurus  dana  bagi  memastikan  bahawa
               penilaian dan penyeliaan risiko yang bebas dijalankan ke atas hartanah tersebut serta pelaburan firma ekuiti persendirian.
            •   Pada 2022, KWAP telah melaksanakan lawatan ke empat Pengurus Dana Ekuiti Persendirian (PE) dan empat
               hartanah bagi membincangkan hal-hal berkaitan potensi risiko dengan Pengurus Aset, penasihat pelaburan
               serta Pengurus Dana kami mengenai pengurusan pelaburan, risiko dan pematuhan selain memastikan bahawa
               pengenalpastian, kawalan dan pengurangan risiko disediakan.
            Kadar lawatan telah dikurangkan berikutan daripada sekatan perjalanan.
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123