Page 116 - KWAP_AR2022
P. 116

114            KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)  MEMPERKUKUHKAN TADBIR URUS KORPORAT





                                        PENGURUSAN RISIKO DAN PEMATUHAN




            Bil.   Polisi Penyata Panduan Utama
             4     Lembaga dan Panel Pelaburan menyatakan bahawa KWAP hanya boleh mengambil risiko yang dapat dinilai
                   dan diuruskan secara munasabah, maka risiko sedemikian, secara keseluruhan dan dalam pengurusan
                   perniagaan harian, tidak akan menyebabkan kerugian kewangan ketara atau penjejasan bukan kewangan
                   ketara dan mengakibatkan Dana gagal memenuhi objektif strategiknya.
             5     Bagi portfolio pelaburannya, pilihan kelas aset, strategi pelaburan dan instrumen pelaburan KWAP adalah
                   berpandukan prinsip-prinsip utama berikut:
                   i.   Tahap munasabah yang tinggi dalam keyakinan bagi memelihara nilai modal
                   ii.   Tahap munasabah yang tinggi bagi kecairan aset atau portfolio aset
                   iii.   Pulangan pelaburan diselaraskan risiko yang munasabah
             6     Kemampuan KWAP untuk mengambil risiko dan tahap risiko perlu disesuaikan dengan keupayaan
                   dalaman KWAP bagi menguruskan risiko-risiko tersebut. Di mana perlu dan jika dikehendaki, KWAP
                   akan mendapat kepakaran daripada pihak luar. KWAP harus terus berusaha meningkatkan keupayaan
                   dalaman dan mengembangkan kapasiti melalui peningkatan set kemahiran, pengetahuan, teknologi dan
                   sumber-sumber lain.

             7     KWAP akan menyasarkan untuk menyelaraskan tahap jumlah dana risiko dengan Portfolio Rujukan daripada
                   50% Ekuiti Malaysia dan 50% Sekuriti Kerajaan Malaysia. Ini mewakili sasaran risiko pasif KWAP.

             8     KWAP akan menyasarkan untuk mengehadkan jumlah tahap dana risiko kepada Portfolio Rujukan sebanyak
                   60% Ekuiti Malaysia dan 40% Sekuriti Kerajaan Malaysia. Ini mewakili jumlah had risiko KWAP (iaitu
                   kedua-dua risiko pasif dan aktif).
             9     KWAP menerima bahawa ia sepatutnya mempunyai tidak kurang daripada 50% peluang untuk mencapai
                   gaji inflasi sepanjang sepuluh tahun, dan KWAP menerima bahawa ia sepatutnya mempunyai tidak kurang
                   daripada 75% peluang melebihi inflasi dalam tempoh yang sama.
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121