Page 115 - KWAP_AR2022
P. 115

MEMPERKUKUHKAN TADBIR URUS KORPORAT   Laporan Tahunan 2022  113



                                 PENGURUSAN RISIKO DAN PEMATUHAN




                                    Dalam menguruskan risiko, KWAP mematuhi model tiga baris pertahanan di mana:
           Sejajar dengan           i.   Tanggungjawab utama, atau barisan pertahanan pertama, adalah dengan unit
           peranan KWAP yang            perniagaan individu;
           lebih meluas dalam
           aktiviti pelaburan       ii.  Barisan pertahanan kedua terdiri daripada fungsi pengurusan risiko, pematuhan dan
                                        kawalan; dan
           dan bukan pelaburan
           sejak 16 tahun lepas,    iii.  Barisan pertahanan ketiga ialah fungsi audit dalam.
           profil risiko KWAP       Kami kekal berhemat dalam pengurusan risiko aktiviti pelaburan dan bukan pelaburan
           turut berkembang         kami, berpandukan arahan daripada pihak atasan seperti dinyatakan dalam Penyata
           dari segi saiz           Selera Risiko KWAP.
           dan kerumitan
           dalam organisasi.          Bil.  Polisi Penyata Panduan Utama
           Sehubungan itu,             1   Lembaga dan Panel Pelaburan mempunyai pengawasan dan tanggungjawab
           KWAP juga telah                 umum ke atas Dana dan meluluskan Penyata Selera Risiko yang dibentangkan
           membangunkan                    sebagai pernyataan tahap tinggi, luas, berasaskan prinsip untuk menyokong
           kapasiti dan                    sifat risiko KWAP yang kompleks, tidak tetap, dinamik, dan bertindih. Panel
                                           Pelaburan bertanggungjawab ke atas keputusan pelaburan KWAP sementara
           kemampuan                       Lembaga bertanggungjawab terhadap tahap risiko keseluruhan yang diambil
           pengurusan                      oleh KWAP. Panel Pelaburan dan Lembaga KWAP akan mengambil maklum
           risikonya.                      tentang hal ini apabila menjalankan aktiviti.
                                       2   Lembaga  dan  Panel  Pelaburan  mengiktiraf  bahawa  terdapat  keperluan
                                           untuk mengurus pelaburan Dana secara aktif dengan matlamat untuk
                                           mengembangkan saiz dana, mencapai pulangan pelaburan yang diselaraskan
                                           risiko yang mampan sementara memastikan perlindungan dan kecukupan
                                           kecairan di dalam portfolio Dana. Matlamat ini perlu dicapai menerusi strategi
                                           pelaburan yang dinamik, diimbangi oleh amalan pengurusan risiko yang
                                           mantap, ditambah dengan keperluan untuk mengimbangi jangkaan pulangan
                                           dengan selera risiko. Risiko ini harus dilaporkan kepada Lembaga dan Panel
                                           Pelaburan secara berkala.
                                       3   Lembaga dan Panel Pelaburan mengiktiraf bahawa wujudnya kesanggupan dan
                                           keupayaan mengambil risiko. Tahap risiko yang sanggup diambil oleh KWAP
                                           perlu mengambil kira objektif strategik, jangkaan pemegang berkepentingan,
                                           matlamat kewangan dan strategi pampasan. Ini dinilai dan dipertimbangkan
                                           dalam Alokasi Aset Strategik, Strategi Pelaburan dan Kerangka Pengurusan
                                           Risiko.
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120