Page 117 - KWAP_AR2022
P. 117

MEMPERKUKUHKAN TADBIR URUS KORPORAT   Laporan Tahunan 2022  115









          Risk Appetite Statement (RAS) mentakrifkan sikap menyeluruh KWAP terhadap aktiviti pelaburan dan bukan pelaburan,
          serta membimbing strategi KWAP dan proses membuat keputusan. RAS juga menetapkan kemampuan dan keupayaan
          KWAP untuk mengambil risiko dalam konteks objektif pelaburan dan toleransi risiko dengan mengenal pasti perkara-
          perkara berikut:

                    i.   Matlamat jangka panjang Dana, iaitu untuk   iv.  Keperluan pelaporan berkala kepada Lembaga
                       memenuhi liabiliti pencen pentadbiran.        dan Panel Pelaburan.

                    ii.  Pengawasan dan tanggungjawab Lembaga    v.  Kriteria utama untuk aktiviti pelaburan seperti
                       terhadap risiko yang diambil oleh Dana.       keselamatan, kecairan dan risiko pulangan
                                                                     diselaraskan yang munasabah untuk jangka
                    iii.  Keperluan  untuk  mengimbangi  jangkaan    masa panjang.
                       pulangan dan risiko.
                                                                 vi.  Keperluan bagi KWAP untuk terus meningkatkan
                                                                     kapasiti dalaman dan keupayaan mengurus risiko.



          Polisi RAS dilengkapi dengan struktur tadbir urus yang teguh dengan garis pelaporan bebas antara unit yang mengambil
          risiko dan “kawalan”. Ia dipertingkatkan lagi dengan beberapa siri prinsip panduan, iaitu:



                 Kerangka                 Dasar Pengurusan         Garis Panduan           Prosedur Operasi
            i    Pengurusan Risiko   ii   Risiko             iii   Risiko            iv    Standard Jabatan
                 Organisasi


          KWAP melabur dalam modal insan, mempunyai dasar yang jelas dan memastikan proses operasi yang kukuh dan berhemat
          dengan pelaburan yang besar dalam sistem untuk memastikan kawalan dan automasi yang mencukupi. Kawalan tadbir
          urus yang tersedia memastikan pemisahan garis pelaporan antara jabatan di KWAP untuk menghalang konflik kepentingan
          dan integriti fungsi-fungsi yang berbeza.
          Garis pelaporan digambarkan dalam Carta Organisasi pada muka surat 20.

          AKTIVITI-AKTIVITI PADA TAHUN 2022
           Ceramah Kesedaran dan Amalan Pengurusan Risiko dalam KWAP


            •   Meningkatkan kesedaran risiko dan mengemas kini organisasi dan kakitangan tentang perkembangan dan amalan
               terbaik merentasi semua aspek telah menjadi aktiviti tetap di KWAP.

            •   KWAP telah memulakan dan menyiapkan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk menggalakkan kesedaran dan
               amalan pengurusan risiko dalam organisasi.
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122