Page 68 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 68

MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN   MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA  MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN  MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN



         MODAL INSAN (SAMBUNGAN)




          MEMPROMOSIKAN PENJENAMAAN MAJIKAN
          Kami menyedari bahawa penjenamaan majikan yang kukuh adalah penting untuk menarik minat, mengekalkan dan
          memberi motivasi kepada bakat-bakat terbaik. Kami merupakan penerima anugerah untuk lima kategori dalam  HR
          Excellence Awards 2023 dan the Employee Experience Awards 2023, yang dianjurkan oleh Human Resource Online.
          Anugerah-anugerah ini mencerminkan usaha dan komitmen kami dalam memupuk tenaga kerja yang berharga.


                             HR Manager of the Year                            Most Inspiring Leader
                             [Anugerah Perak]                                  [Anugerah Emas]
                             Puan Siti Sabariah Ahmad                          Encik Ahmad Shakir Mohd Asri
                             Murtazam
                                                                               Most Innovative &
                             Excellence in Workforce                           Sustainable Office Design
                             Mobility [Anugerah Gangsa]                        [Anugerah Gangsa]
                             Excellence in Retention
            HR Excellence                                        Employee
           Awards 2023 oleh   Strategy [Anugerah Gangsa]        Experience
           Human Resource                                    Awards 2023 oleh
                Online                                       Human Resource
                                                                  Online





          LIBAT URUS KAKITANGAN DAN MANFAAT
          Kami menyedari akan perubahan penting dalam cara bekerja pasca pandemik COVID-19. Keutamaan kakitangan kini
          sudah berubah dengan penekanan ke atas aspek-aspek bukan kewangan seperti keseimbangan antara kerja dan
          kehidupan, budaya di tempat kerja, masa bekerja yang fleksibel serta kesejahteraan fizikal dan mental. Faktor-faktor ini
          terus membentuk dan mempengaruhi agenda tenaga kerja kami.
          Oleh itu, kami komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif secara menyeluruh yang mengutamakan kesejahteraan
          kakitangan, memupuk budaya tempat kerja yang saling menyokong dan sejagat, serta menyediakan aturan kerja yang
          fleksibel bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang kian berubah. Matlamat kami adalah untuk mencipta persekitaran di
          mana kakitangan kami boleh berkembang maju secara peribadi dan profesional, dan seterusnya memastikan kepuasan
          mereka bekerja, melibatkan diri dalam sesi libat urus dan melakar kejayaan dalam organisasi kami.

          Kesihatan dan Kesejahteraan                       Program Bantuan Kakitangan  (AWP)

          •   Menyediakan  peluang  yang  sama  rata  kepada   •   AWP  merupakan  program  tajaan  majikan  yang
             kakitangan untuk kelayakan Saringan Kesihatan      menyediakan  sokongan  profesional  di  tempat  kerja
             (tertakluk  kepada  terma  dan  syarat)  bagi      dalam  bentuk  sesi rundingan  peribadi  secara  maya
             mempromosikan dan menyokong gaya hidup sihat.      atau fizikal bersama pakar kesihatan mental seperti ahli
                                                                psikologi atau kaunselor kesihatan mental. Menerusi
                                                                AWP, kami menyediakan akses kepada sokongan
                                                                kesihatan mental untuk semua kakitangan.

                                                            •   AWP  telah  dimanfaatkan  oleh  20  orang  kakitangan
                                                                pada tahun 2023.
          66  KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73