Page 160 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 160
MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023
2. POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
2.7 Aset Kewangan (sambungan)
(b) Klasifikasi dan penilaian berikutan (sambungan)
1. Instrumen hutang (sambungan)
FVTPL
aset kewangan yang tidak memenuhi syarat bagi Kos yang dilunaskan atau FVoCi, termasuklah aset
kewangan dipegang untuk dagangan (“hFt”) dan derivatif, dinilai pada FVtpl. apabila aset kewangan
dinyahiktiraf, keuntungan atau kerugian aset kewangan tersebut yang dinilai semula pada FVtpl dan
tidak merupakan sebahagian daripada hubungan lindung nilai, diiktiraf sebagai Keuntungan dan Kerugian
daripada jualan pelaburan dalam untung atau rugi. pendapatan faedah yang diperolehi semasa aset
kewangan berada dalam pegangan diiktiraf sebagai pendapatan Faedah dalam untung atau rugi.
Penilaian model perniagaan
Kumpulan dan KWap menilai objektif model perniagaan aset kewangan yang dipegang pada tahap
portfolio yang mencerminkan kaedah pengurusan dan laporan kepada pihak pengurusan yang terbaik.
Faktor-faktor yang dipertimbangkan merangkumi polisi dan objektif portfolio dan amalan operasi polisi
tersebut. Secara terperinci, samada strategi pihak pengurusan adalah bagi penjanaan pendapatan
faedah kontrak, penyelenggaraan profil kadar faedah tertentu, padanan tempoh aset kewangan kepada
tempoh liabiliti kewangan yang membiayai aset tersebut atau penjanaan aliran tunai melalui penjualan
aset kewangan.
Faktor-faktor lain yang akan dipertimbangkan termasuk kekerapan, jumlah dan tempoh jualan terdahulu,
penilaian prestasi aset kewangan dan laporan kepada pihak pengurusan utama serta penilaian dan
pengurusan risiko.
Reklasifikasi instrumen hutang
reklasifikasi instrumen hutang oleh Kumpulan dan KWap dilaksanakan apabila dan hanya apabila
terdapat perubahan dalam model perniagaan yang menguruskan aset tersebut.
2. Instrumen ekuiti
instrumen ekuiti adalah instrumen yang memenuhi definisi ekuiti dari perspektif penerbit; iaitu, instrumen
yang tidak mempunyai obligasi kontrak untuk membayar dan membuktikan kepentingan residual dalam
aset bersih penerbit.
pada pengiktirafan asal, Kumpulan dan KWap boleh memilih untuk mengklasifikasikan pelaburan ekuiti
yang tidak dipegang untuk tujuan dagangan sebagai FVoCi tanpa pilihan untuk ditarik balik. Klasifikasi
tersebut ditentukan atas dasar instrumen ke instrumen di mana nilai saksama untung atau rugi diiktiraf
dalam pendapatan Komprehensif lain dan tidak direklasifikasikan ke untung atau rugi, termasuk juga
semasa pelupusan. dividen yang diperoleh ketika instrumen ekuiti berada dalam pegangan diiktiraf
sebagai pendapatan dividen dalam penyata pendapatan Komprehensif setelah hak untuk menerima
pembayaran ditentukan.
Keuntungan dan kerugian instrumen ekuiti pada FVtpl diiktiraf sebagai Keuntungan atau Kerugian
daripada jualan pelaburan dalam penyata pendapatan Komprehensif selepas penyahiktirafan.
158 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023