Page 155 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 155

MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN  MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI  MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN  MAKLUMAT LAIN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          2.  POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
             2.4  Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu dan Kepentingan Usaha Sama (sambungan)

                 Pengambilalihan berkala dalam syarikat bersekutu

                 apabila Kumpulan meningkatkan kepentingannya dalam pelaburan sedia ada atau pelaburan tersebut menjadi
                 syarikat bersekutu untuk kali pertama, Kumpulan akan menentukan kos pelaburan dalam penerima pelaburan
                 yang dikenal pasti menggunakan perakaunan ekuiti sebagai jumlah nilai saksama kepentingan awal pada
                 tarikh kepentingan signifikan diperoleh dan ditambah pertimbangan yang dibayar untuk sebarang penambahan
                 kepentingan.  rizab terdahulu dalam  Nilai Saksama Melalui Pendapatan Komprehensif Lain (“FVoCi”) akan
                 dipindahkan ke perolehan tertahan atau kekal di dalam rizab FVoCi.

                 Peningkatan pegangan dalam syarikat bersekutu sedia ada dan pengekalan pengaruh penting
                 Kos pengambilalihan kepentingan tambahan dalam syarikat bersekutu ditambah kepada nilai dibawa syarikat
                 bersekutu dan diakaunkan mengikut kaedah ekuiti. muhibah yang terhasil daripada pembelian pegangan tambahan
                 ditentukan dengan menggunakan maklumat nilai saksama pada tarikh pembelian kepentingan tambahan. tiada
                 penilaian semula untuk kepentingan terdahulu yang dipegang dalam syarikat bersekutu tersebut.
                 menurut kaedah ekuiti, pengiktirafan asal pelaburan dalam syarikat bersekutu atau usaha sama dinyatakan pada
                 nilai kos, dan seterusnya dilaraskan untuk mengambilkira bahagian Kumpulan dalam keuntungan atau kerugian
                 selepas pengambilalihan syarikat bersekutu atau usaha sama dalam untung atau rugi, dan bahagian Kumpulan
                 dalam pergerakan  pendapatan Komprehensif  lain syarikat bersekutu atau usaha sama dalam  pendapatan
                 Komprehensif lain. dividen yang diterima atau akan diterima daripada syarikat bersekutu atau usaha sama diiktiraf
                 sebagai pengurangan dalam nilai dibawa pelaburan tersebut. Sekiranya bahagian Kumpulan dalam kerugian
                 syarikat bersekutu atau usaha sama bersamaan atau melebihi kepentingan pelaburan dalam syarikat bersekutu
                 atau usaha sama tersebut (termasuk sebarang kepentingan jangka panjang yang secara inti pati, merupakan
                 bahagian Kumpulan dalam kepentingan pelaburan bersih syarikat bersekutu atau usaha sama), pengiktirafan
                 kerugian seterusnya tidak perlu dinyatakan oleh Kumpulan kecuali jika terdapat obligasi perundangan atau
                 konstruktif atau pembayaran yang dibuat bagi pihak syarikat bersekutu atau usaha sama, sekiranya ada.

                 Keuntungan atau kerugian daripada urus niaga huluan atau hiliran di antara Kumpulan dan syarikat bersekutu
                 atau usaha sama yang dinyatakan dalam  penyata Kewangan digabungkan hanya tertakluk kepada pelabur
                 tidak berkait dalam syarikat bersekutu atau usaha sama tersebut. Kerugian tidak nyata dihapuskan kecuali jika
                 transaksi tersebut membuktikan bahawa terdapat rosot nilai bagi aset yang telah dipindahkan.

                 penyata Kewangan syarikat bersekutu dan usaha sama disediakan mengikut tarikh laporan yang sama dengan
                 Kumpulan.  pelarasan dibuat untuk menyeragamkan dasar perakaunan syarikat bersekutu dan usaha sama
                 dengan dasar Kumpulan, jika perlu.

                 Selepas perlaksanaan kaedah ekuiti, Kumpulan mengguna pakai piawaian MFRS 136: ‘Impairment of Assets’
                 ("mFrS 136") bagi menentukan keperluan pengiktirafan kerugian rosot nilai tambahan terhadap pelaburan bersih
                 dalam syarikat bersekutu atau usaha sama, sekiranya ada. Keseluruhan nilai dibawa pelaburan diuji sebagai
                 satu aset untuk pengiraan rosot nilai berdasarkan piawaian mFrS 136 yang menggunakan perbandingan di
                 antara nilai boleh pulih (yang lebih tinggi antara nilai dibawa dan nilai saksama setelah ditolak kos jualan) dan
                 nilai dibawa, jika perlu. Kerugian rosot nilai diiktiraf dalam untung atau rugi, sekiranya ada. penyataan semula
                 kerugian rosot nilai diiktiraf kepada tahap peningkatan nilai boleh pulih pelaburan.


                                                                                                         153
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160