Page 156 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 156
MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023
2. POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
2.4 Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu dan Kepentingan Usaha Sama (sambungan)
Kehilangan pengaruh penting atau kawalan bersama
apabila Kumpulan berhenti merekod syarikat-syarikat bersekutu atau usaha sama berdasarkan kaedah ekuiti
disebabkan oleh kehilangan pengaruh penting atau kawalan bersama, sebarang kepentingan tertahan dalam
entiti akan dinilai semula kepada nilai saksama di mana sebarang perubahan ke atas nilai dibawa diiktiraf dalam
untung atau rugi, sekiranya ada. nilai saksama ini akan menjadi nilai dibawa awal bagi tujuan perakaunan
susulan kepentingan tertahan sebagai aset kewangan. di samping itu, sebarang jumlah terdahulu yang diiktiraf
dalam pendapatan Komprehensif lain berkenaan dengan entiti tersebut diambil kira sebagai pelupusan secara
langsung bagi aset atau liabiliti yang berkaitan dengan Kumpulan. ini boleh menyebabkan reklasifikasi amaun
terdahulu yang diiktiraf dalam pendapatan Komprehensif lain kepada untung atau rugi.
Sekiranya terdapat pengurangan ke atas kepentingan pemilikan dalam syarikat bersekutu ataupun usaha sama
di mana pengaruh signifikan atau kawalan bersama adalah dikekalkan, hanya sebahagian daripada bahagian
Kumpulan dalam amaun terdahulu yang diiktiraf dalam pendapatan Komprehensif lain direklasifikasikan kepada
untung atau rugi, jika perlu.
pencairan keuntungan atau kerugian yang timbul daripada pelaburan dalam syarikat bersekutu atau usaha sama
diiktiraf dalam untung atau rugi.
Pelaburan dalam syarikat bersekutu dan usaha sama dalam Penyata Kewangan yang berasingan
dalam penyata Kewangan berasingan KWap, pelaburan dalam syarikat bersekutu dan usaha sama dinyatakan
pada nilai kos setelah ditolak kerugian rosot nilai terkumpul, sekiranya ada. pada pelupusan pelaburan dalam
syarikat bersekutu dan usaha sama, perbezaan antara hasil pelupusan dan nilai dibawa pelaburan diiktiraf dalam
untung atau rugi.
2.5 Aset Tidak Ketara
aset tidak ketara yang diperolehi secara berasingan pada asalnya dinyatakan pada nilai kos. berikutan
pengiktirafan asal, aset tidak ketara dinyatakan pada nilai kos setelah ditolak Kos yang dilunaskan terkumpul dan
kerugian rosot nilai terkumpul, sekiranya ada. jangka hayat aset tidak ketara sama ada terhad atau tidak terhad
ditentukan. aset tidak ketara dengan jangka hayat terhad dilunaskan berdasarkan kaedah garis lurus sepanjang
anggaran jangka hayat ekonomi dan rosot nilai diambil kira apabila terdapat tanda rosot nilai, sekiranya perlu.
tempoh pelunasan dan kaedah pelunasan bagi aset tidak ketara dengan jangka hayat terhad disemak semula
pada setiap tarikh laporan.
perubahan dalam jangka hayat atau corak penggunaan berkaitan dengan manfaat ekonomi masa hadapan
aset diiktiraf melalui perubahan ke atas tempoh atau kaedah pelunasan, di mana bersesuaian, dan diambil kira
sebagai perubahan dalam andaian perakaunan. Kos pelunasan bagi aset tidak ketara dengan jangka hayat
terhad direkodkan dalam untung atau rugi.
aset tidak ketara dengan jangka hayat tidak terhad atau belum bersedia untuk tujuan kegunaan disemak bagi
tujuan rosot nilai setiap tahun, atau lebih kerap, apabila terdapat tanda bahawa nilai dibawa aset mungkin dirosot
nilai sama ada secara individu atau pada peringkat unit penjana tunai ("Cgu"). aset tidak ketara tersebut tidak
tertakluk kepada pelunasan. jangka hayat bagi aset tidak ketara dengan jangka hayat tidak terhad disemak
semula setiap tahun untuk menentukan kebolehlaksanaan penilaian jangka hayat. Sekiranya jangka hayat
tersebut tidak boleh disokong, perubahan daripada jangka hayat tidak terhad kepada jangka hayat terhad
dilaksanakan secara prospektif.
154 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023