Page 159 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 159
MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN MAKLUMAT LAIN
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023
2. POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
2.7 Aset Kewangan (sambungan)
(b) Klasifikasi dan penilaian berikutan
Kumpulan dan KWap mengguna pakai mFrS 9 dan aset kewangan telah diklasifikasikan berdasarkan
kepada kategori-kategori berikut– Kos yang dilunaskan, nilai Saksaman melalui pendapatan Komprehensif
lain (“FVoCi”) dan FVtpl.
jika tiada perbezaan ketara untuk terma, rundingan semula atau pengubahsuaian tidak akan mengakibatkan
penyahiktirafan, dan Kumpulan dan KWap mengira semula nilai dibawa kasar berdasarkan aliran tunai
disemak bagi aset kewangan tersebut dan mengiktiraf keuntungan atau kerugian daripada pengukuran
semula dalam penyata untung atau rugi. nilai dibawa kasar baharu dikira semula dengan mendiskaunkan
aliran tunai yang diubah suai pada kadar faedah efektif asal (atau kadar faedah efektif diselaraskan kredit
untuk aset kewangan kredit terjejas dibeli atau asal (“poCi”).
Klasifikasi bagi instrumen hutang dan ekuiti adalah mengikut keperluan seperti yang dinyatakan di bawah:
1. Instrumen hutang
instrumen hutang adalah instrumen yang menepati definisi liabiliti kewangan dari perspektif penerbit.
Klasifikasi dan penilaian instrumen hutang adalah bergantung kepada model perniagaan Kumpulan
dan KWap bagi pengurusan aset dan ciri- ciri aliran tunai aset tersebut. berdasarkan kepada faktor
diatas, Kumpulan dan KWap mengklasifikasikan instrumen hutang mengikut salah satu daripada tiga (3)
kategori penilaian berikut:
Kos Yang Dilunaskan
aset kewangan yang dipegang bagi kutipan aliran tunai kontraktual di mana aliran tunai tersebut mewakili
Pembayaran Semata-mata Pembayaran Principal dan Faedah (“Sppi”), dan bukan dikelaskan sebagai
FVtpl, dinyatakan pada nilai Kos yang dilunaskan berdasarkan kepada kaedah pulangan berkesan.
nilai dibawa aset diselaraskan dengan kerugian rosot nilai yang diiktiraf dan dinilai berdasarkan kepada
model Kerugian Kredit yang dijangka (“eCl”). pendapatan faedah dari aset kewangan yang dinyatakan
pada nilai Kos yang dilunaskan diiktiraf sebagai pendapatan Faedah dalam penyata pendapatan
Komprehensif.
Kerugian yang timbul dari rosot nilai aset instrumen kewangan diiktiraf sebagai peruntukan rosot
nilai dalam penyata pendapatan Komprehensif. Kerugian yang timbul dari rosot nilai aset kewangan
selain daripada instrumen kewangan diiktiraf sebagai peruntukan rosot nilai aset lain dalam penyata
pendapatan Komprehensif.
FVOCI
aset kewangan yang dipegang bagi tujuan kutipan aliran tunai kontraktual dan jualan aset berikutnya
di mana aliran tunai aset tersebut mewakili Sppi, dan bukan diklasifikasikan sebagai FVtpl, dinilai
pada FVoCi. perubahan pada nilai saksama diiktiraf melalui pendapatan Komprehensif lain, kecuali
pengiktirafan kerugian rosot nilai dinyatakan berdasarkan model eCl, pendapatan faedah dan untung
atau rugi kadar tukaran mata wang ke atas Kos yang dilunaskan bagi aset kewangan tersebut diiktiraf
dalam untung atau rugi. pendapatan faedah yang diperolehi semasa aset kewangan berada dalam
pegangan diiktiraf sebagai pendapatan Faedah menggunakan kaedah kadar faedah efektif. apabila
aset kewangan dinyahiktiraf, untung atau rugi terkumpul yang diiktiraf terdahulu dalam pendapatan
Komprehensif lain diklasifikasikan semula sebagai untung atau rugi dalam Keuntungan dan Kerugian
daripada jualan pelaburan.
157