Page 161 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 161

MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN  MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI  MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN  MAKLUMAT LAIN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          2.  POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
             2.7  Aset Kewangan (sambungan)

                 (c)  Reklasifikasi Aset Kewangan

                     aset kewangan bukan derivatif boleh direklasifikasi oleh Kumpulan dan KWap daripada kategori FVtpl
                     (selain daripada instrumen ekuiti), dalam keadaan yang jarang berlaku, jika aset kewangan tidak lagi dipegang
                     bagi tujuan jualan dan pembelian semula dalam tempoh masa yang terdekat. justeru, aset kewangan yang
                     memenuhi definisi pinjaman dan belum terima boleh direklasifikasikan oleh Kumpulan dan KWap daripada
                     kategori  FVtpl  atau  FVoCi  sekiranya  terdapat  tujuan  dan  keupayaan  oleh  Kumpulan  dan KWap  untuk
                     memegang aset kewangan sehingga masa hadapan atau tempoh matang.

                     instrumen hutang direklasifikasikan oleh Kumpulan  dan KWap apabila, dan hanya apabila  terdapat
                     perubahan dalam model perniagaan yang menguruskan aset tersebut.

             2.8  Liabiliti Kewangan
                 liabiliti kewangan diklasifikasikan mengikut kandungan pengaturan kontrak yang dimeterai serta definisi liabiliti
                 kewangan.
                 liabiliti kewangan, di bawah skop mFrS 9, diiktiraf dalam penyata Kedudukan Kewangan apabila, dan hanya
                 apabila, Kumpulan dan KWap menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen kewangan. Kumpulan dan
                 KWap mengklasifikasikan  liabiliti  kewangan mengikut  kategori-kategori  berikut – Kos  yang  dilunaskan atau
                 FVtpl. liabiliti kewangan diklasifikasikan dan dinilai pada Kos yang dilunaskan, kecuali:
                 (i)   liabiliti kewangan pada FVtpl; dan
                 (ii)   jaminan kontrak kewangan dan komitmen pinjaman.

                 Kos Yang Dilunaskan
                 liabiliti kewangan yang dikeluarkan oleh Kumpulan dan KWap diklasifikasikan sebagai liabiliti kewangan
                 pada Kos yang dilunaskan, di mana hasil daripada kandungan pengaturan kontrak oleh Kumpulan dan KWap
                 melibatkan obligasi bagi Kumpulan dan KWap untuk melaksanakan pemberian tunai atau aset kewangan yang
                 lain kepada pemilik atau menepati obligasi selain daripada tukaran nilai tunai atau aset kewangan lain yang telah
                 ditetapkan.

                 liabiliti kewangan bukan derivatif pada asalnya diiktiraf pada nilai saksama pembayaran yang diterima setelah
                 ditolak kos transaksi yang berkaitan, sekiranya ada. Selepas pengiktirafan asal, liabiliti kewangan bukan derivatif
                 dinilai pada nilai Kos  yang  dilunaskan menggunakan kaedah kadar faedah efektif. Kos  yang  dilunaskan
                 dikira dengan mengambil kira sebarang diskaun atau premium dari pengambilalihan dan yuran atau kos yang
                 merupakan sebahagian besar daripada kaedah kadar faedah efektif. liabiliti kewangan dinilai pada nilai Kos
                 yang dilunaskan termasuk deposit dari pelanggan, deposit dari bank, perjanjian pembelian balik, sekuriti hutang
                 yang dikeluarkan dan pinjaman dana lain.








                                                                                                         159
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166