Page 158 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 158
MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023
2. POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
2.6 Hartanah Dan Peralatan (sambungan)
Kerja dalam kemajuan terdiri daripada, antara lain, kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan dan
penambahbaikan atau penaiktarafan sistem maklumat yang sedang dijalankan. Kerja dalam kemajuan dan
lukisan bukan berasaskan lukisan air dinyatakan pada nilai kos dan tidak disusut nilai sehingga aset berkenaan
sedia untuk digunakan.
pada akhir tempoh laporan, Kumpulan dan KWap akan menilai sama ada terdapat tanda- tanda rosot nilai.
Sekiranya ada, analisa dilaksanakan bagi menentukan sama ada nilai dibawa aset boleh dipulih sepenuhnya.
Sekiranya nilai dibawa aset melebihi nilai boleh pulih, nilai aset akan dirosot nilai ke nilai boleh pulih. dasar
berkaitan dengan rosot nilai aset bukan kewangan adalah seperti yang dinyatakan dalam nota 2.18.
nilai sisa, jangka hayat dan kaedah susut nilai disemak semula pada setiap tahun kewangan dan dilaraskan
secara prospektif, sekiranya perlu.
item hartanah dan peralatan dinyahiktiraf apabila dilupuskan atau apabila tiada faedah ekonomi masa hadapan
yang dijangka daripada penggunaan atau pelupusan aset tersebut. Keuntungan atau kerugian aset selepas
penyahiktirafan aset diiktiraf dalam untung atau rugi dalam tahun aset tersebut dinyahiktiraf, sekiranya ada.
2.7 Aset Kewangan
(a) Pengiktirafan asal
aset kewangan diiktiraf apabila Kumpulan dan KWap menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen
tersebut. instrumen kewangan pada asalnya diiktiraf oleh Kumpulan dan KWap pada nilai saksama termasuk,
bagi instrumen kewangan yang tidak dinyatakan pada nilai Saksama melalui penyata untung atau rugi
(“FVtpl”), kos transaksi yang berkaitan secara langsung dengan perolehan instrumen kewangan atau liabiliti
kewangan, sekiranya ada. Klasifikasi instrumen kewangan dan liabiliti kewangan adalah ditentukan pada
pengiktirafan asal.
belian dan jualan lazim aset kewangan diiktiraf pada tarikh penyelesaian akaun. Kaedah ini diguna pakai
secara konsisten bagi semua belian dan jualan aset kewangan di dalam kategori yang sama.
156 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023