Page 150 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 150

MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN   MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA  MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN  MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          1.  MAKLUMAT KORPORAT
             Kumpulan Wang persaraan (diperbadankan) (KWap) ditubuhkan pada 1 mac 2007 di bawah akta Kumpulan Wang
             persaraan 2007 (akta 662) dengan geran pelancaran sebanyak rm27.0 juta dari Kerajaan persekutuan, malaysia.
             tanggungjawab utama KWap adalah untuk mengurus Kumpulan Wang persaraan (dana) sejajar dengan seksyen
             13 akta Kumpulan Wang persaraan 2007 (akta 662) untuk mencapai pulangan optimum atas pelaburannya. Sumber
             utama dana KWap adalah diperoleh dari peruntukan tahunan daripada badan berkanun, pihak berkuasa tempatan
             dan lain-lain agensi, penerimaan bahagian Kerajaan daripada peruntukan ke Kumpulan Wang Simpanan pekerja dan
             agensi-agensi lain, serta pendapatan pelaburan. dana KWap dilaburkan dalam kelas-kelas aset berpandukan kepada
             peruntukan aset Strategik serta polisi dan garis panduan pelaburan yang dicadangkan oleh pihak panel pelaburan dan
             diluluskan oleh pihak lembaga. dana KWap akan digunakan untuk membantu pembiayaan liabiliti pencen Kerajaan
             oleh Kerajaan persekutuan.

             berkuat kuasa dari 1  november 2015, KWap secara rasminya telah dilantik sebagai ejen kepada Kerajaan bagi
             pengurusan serta operasi pembayaran pencen secara keseluruhan.

             aktiviti utama syarikat subsidiari, syarikat bersekutu dan usaha sama diperjelaskan dalam nota 11, nota 12 dan nota
             13. tiada perubahan signifikan dari segi sifat aktiviti utama Kumpulan dan KWap sepanjang tahun kewangan.

             KWap adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dan bermastautin di malaysia. alamat berdaftar dan tempat
             perniagaan utama KWap terletak di  aras 36,  menara  integra,  the  intermark, 348  jalan  tun  razak, 50400 Kuala
             lumpur.
             penyata-penyata Kewangan Kumpulan dan KWap bagi tahun berakhir 31 disember 2023 telah diterima dan diluluskan
             oleh pihak lembaga KWap pada 22 julai 2024.

          2.  POLISI PERAKAUNAN MATERIAL

             2.1  Asas Penyediaan

                 penyata-penyata Kewangan Kumpulan dan KWap telah disediakan berdasarkan Malaysian Financial Reporting
                 Standards ("MFRS Accounting Standards"), IFRS Accounting Standards yang diterbitkan oleh  International
                 Accounting Standards Board ("IFRS Accounting Standards") dan akta Kumpulan Wang persaraan 2007.

                 penyata-penyata Kewangan Kumpulan dan KWap telah disediakan di bawah konvensyen kos sejarah melainkan
                 jika dinyatakan sebaliknya menerusi rumusan polisi perakauan penting.
                 penyediaan  penyata Kewangan dibentangkan dalam  ringgit  malaysia ("rm") yang merupakan mata wang
                 fungsian Kumpulan dan KWap di mana semua nilai dibundarkan kepada ribuan ringgit malaysia yang terhampir,
                 melainkan jika dinyatakan sebaliknya.












          148  KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155