Page 77 - KWAP_AR2022
P. 77
MEMACU KE ARAH PRESTASI YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 75
3. Penambahbaikan Sistem eHemodialisis
Sebagai sebahagian daripada usaha ke arah kecemerlangan operasi, KWAP melancarkan
penambahbaikan sistem eHemodialisis ke atas modul-modul utama pada 14 Oktober 2022.
eHemodialisis adalah sistem yang digunakan oleh pusat-pusat hemodialisis untuk mengesahkan
kelayakan para pesara dan tanggungan mereka serta menghantar tuntutan perkhidmatan yang
diberikan kepada KWAP. Penambahbaikan ini telah melancarkan lagi fungsi yang sedia ada seperti
pembaharuan lesen operasi secara dalam talian, pengemaskinian nombor akaun bank pusat dialisis,
alat pemantauan untuk penyerahan invois serta ciri-ciri yang dipertingkatkan bagi fungsi percetakan
surat jaminan. Selain itu, ia juga telah menambah baik ketelusan proses, mempercepatkan tempoh
masa pemprosesan dan mengurangkan risiko kesilapan.
4. Meja Bantuan Perkhidmatan Persaraan
Sebahagian daripada aktiviti berkaitan pencen termasuklah menjawab sebarang pertanyaan teknikal
daripada pihak berkepentingan luar seperti Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK), pusat dialisis, hospital dan agensi kerajaan lain. Pada 2022, portal Meja Bantuan
Perkhidmatan Persaraan diperkenalkan untuk memudahkan proses yang membolehkan permohonan
dan pertanyaan dirakam, dipantau dan dikemas kini secara berpusat. Ini membantu untuk menyelesaikan
sebarang isu yang tidak selesai atau tertangguh serta mengurangkan tempoh masa pemprosesan.
5. Automasi Proses Robotik
Automasi Proses Robotik (RPA) membolehkan penggunaan proses automasi yang boleh dikonfigurasi
tanpa memerlukan kepakaran teknikal dalam pemprograman automasi. Dengan pelaksanaan alat-alat
RPA Automasi Di Mana-Mana Sahaja (Automation Anywhere RPA) pada 2021, kami telah memperkenalkan
automasi untuk proses-proses yang berulang, mengambil masa, memerlukan ketepatan dan melibatkan
tugas di luar waktu kerja. Pada 2022, tiga proses baharu telah diautomasi iaitu pemantauan aplikasi,
pengekstrakan data elektronik harian dan proses ketetapan semula kata laluan. Banyak proses telah
dikenal pasti untuk pelaksanaan RPA pada tahun-tahun akan datang.
6. Borang Maklum Balas Berkenaan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Dalam Talian
Borang Maklum Balas Berkenaan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Dalam Talian diperkenalkan sebagai
alternatif mudah untuk membuat sebarang pertanyaan atau dokumen kepada KWAP. Berbanding cara
tradisional seperti mengisi borang atau menghantar e-mel, borang dalam talian memudahkan penyiapan dan
penyerahan yang cepat dengan format rasmi dan templat untuk mengelakkan kesalahan dan menambah
baik masa pemprosesan. Ciri-ciri mesra pengguna termasuk pilihan drop-down, kemasukan data dalam talian
dan pelampiran dokumen sokongan. Masa pemprosesan dan produktiviti juga ditambah baik melalui ciri-ciri
borang maklum balas ini.