Page 82 - KWAP_AR2022
P. 82
80 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) MEMACU KE ARAH PRESTASI YANG LEBIH BAIK
ULASAN PERNIAGAAN
PENGURUSAN CARUMAN
Salah satu daripada peranan utama KWAP adalah untuk mengurus sumbangan pencen yang diterima daripada Kerajaan
Persekutuan, Bahagian Kerajaan (agensi-agensi pencarum) dan Majikan (Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan
dan agensi-agensi).
Bagi tahun 2022, KWAP menerima jumlah caruman sebanyak RM2.64 bilion. Amaun ini merangkumi RM0.50 bilion
daripada Kerajaan Persekutuan, RM0.77 bilion daripada Bahagian Kerajaan daripada agensi yang mencarum dan
RM1.37 bilion caruman daripada Majikan.
Berbanding tempoh sebelumnya, jumlah caruman adalah lebih rendah sebanyak RM0.30 bilion disebabkan oleh
pengurangan caruman daripada Bahagian Kerajaan berpunca daripada agensi pencarum yang tidak langsung mencarum
pada 2022.
Walau bagaimanapun, caruman Majikan mencatatkan peningkatan konsisten di mana RM1.31 bilion telah diperoleh
pada 2020, RM1.34 bilion pada 2021 dan RM1.37 bilion pada 2022. Ini disebabkan oleh kenaikan sederhana dalam gaji
kakitangan kerajaan.
JUMLAH CARUMAN 2020-2022
Tahun
2022 0.5 0.77 1.37 2.64
2021 0.5 1.11 1.34 2.95
2020 0.5 1.15 1.31 2.96
0 0.5 1 1.5 2 2.5 3
• Caruman Persekutuan • Bahagian Kerajaan • Caruman Majikan RM (bilion)
CARUMAN SUKU TAHUNAN PADA 2022
RM (juta)
500.0
600.0
500.0
317.8 336.0 362.0 357.5
400.0
206.5 189.4 198.9
300.0
200.0 177.8
100.0
0
Suku Tahun 1 Suku Tahun 2 Suku Tahun 3 Suku Tahun 4
• Caruman Persekutuan • Bahagian Kerajaan • Caruman Majikan