Page 85 - KWAP_AR2022
P. 85

MEMACU KE ARAH PRESTASI YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  83

                                            ULASAN PERUSAHAAN

                                                      DIGITAL





          Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan
          sepanjang  tahun  ini  untuk  menerima
          pakai  transformasi  digital  dan
          memberikan lebih banyak manfaat
          kepada  KWAP.    Penambahbaikan
          infrastruktur  IT  dan  keselamatan
          IT, penggunaan sistem perniagaan
          yang  dipertingkatkan,  penetapan
          Penyelesaian kepada Data Perniagaan
          dan pengaktifan Bahagian Digital
          merupakan antara inisiatif-inisiatif yang
          diambil.



                   Keselamatan Siber yang Berdaya Tahan

                   Sebagai usaha berterusan untuk menambah baik pertahanan keselamatan siber, tahap kesukaran simulasi
                   pancingan data telah dipertingkatkan mengikut tanda aras keselamatan global yang disyorkan. Apabila
                   KWAP untuk pertama kalinya meningkatkan tahap kesukaran semasa simulasi pancingan data pada awal
                   tahun ini, peratus cenderung pancingan data yang dicatat adalah 15.6%. Walau bagaimanapun, ia menurun
                   kepada 4.2% menjelang akhir 2022 berbanding akhir 2021, di mana peratusan yang dicatat adalah 5.7%.
                   Ini menunjukkan trend penambahbaikan yang berterusan dalam kesedaran kakitangan berhubung dengan
                   keselamatan siber. Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA) juga telah dikuatkuasakan ke atas semua kakitangan
                   sebagai lapisan tambahan pengesahan keselamatan, manakala Mobiliti Perniagaan dan Keselamatan
                   telah dijalankan dan dikonfigurasi untuk melindungi data digital pada peranti mudah alih. Instrumen dan
                   perkhidmatan keselamatan siber yang canggih juga telah diguna pakai untuk melindungi titik penyelesaian.

                   Selain itu, bagi memastikan pengurusan keselamatan maklumat organisasi mencapai piawaian global, KWAP
                   berjaya memperbaharui pensijilan ISO 27001 pada 2022 di mana ia telah diiktiraf dengan ISO 27001 sejak
                   2013. Selain itu, KWAP juga telah berjaya membanteras 56 kes penipuan digital dalam bentuk 10 aplikasi
                   mudah alih MyPesara palsu, 45 laman web palsu yang menyamai KWAP dan anak syarikatnya, Prima Ekuiti
                   (UK) Limited serta peniruan akaun media sosial yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi
                   melindungi landskap digitalnya.



                   Penaiktarafan Infrastruktur Teknologi

                   Untuk meningkatkan produktiviti kakitangan yang bekerja dari jarak jauh, KWAP membuat pelaburan dalam
                   penaiktarafan infrastruktur untuk menyokong sepenuhnya budaya kerja dari jauh. Penaiktarafan ini termasuk
                   pengalihan platform mesyuarat dalam talian daripada Skype for Business kepada Microsoft Teams, peluasan
                   jalur lebar internet dan peningkatan keupayaan sumber Infrastruktur Komputer Meja Secara Maya. Untuk
                   memudahkan lagi kakitangan bekerja dari jarak jauh, KWAP memperbaharui baki 20% daripada komputer
                   ribanya, sekaligus menyelesaikan usaha tahun sebelumnya. Ini bagi memastikan bahawa semua kakitangan
                   dilengkapi dengan peranti-peranti terkini. Sebagai tambahan, pemasangan peralatan persidangan video di
                   dalam bilik-bilik mesyuarat di pejabat Kuala Lumpur dan Cyberjaya juga dilaksanakan dalam usaha untuk
                   membolehkan mesyuarat hibrid diadakan.
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90