Page 86 - KWAP_AR2022
P. 86

84             KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)  MEMACU KE ARAH PRESTASI YANG LEBIH BAIK




                                                ULASAN PERUSAHAAN
                                                       DIGITAL




                   Peningkatan Sistem Perniagaan
                   Dari segi sistem perniagaan, KWAP telah berjaya melaksanakan Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara
                   Elektronik Masa Nyata (RENTAS) bagi menyokong mesej pembayaran dengan piawaian ISO 20022. ISO
                   20022 adalah piawaian yang diiktiraf secara global untuk pertukaran data elektronik antara institusi-institusi
                   kewangan. Berbanding piawaian ISO 15022 sebelumnya, piawaian baharu ini menambah baik kandungan
                   data, menyediakan format pemesejan yang tersusun dan mempunyai keupayaan untuk beradaptasi dengan
                   teknologi moden dengan lebih mudah. Melalui pelaksanaan ini, proses mesej pembayaran KWAP adalah
                   lebih cekap dengan data bermutu tinggi dan mematuhi strategi migrasi Bank Negara Malaysia dalam
                   mempertingkatkan sistem RENTAS mengikut piawaian baharu.



                   Penyelesaian Untuk Data Perniagaan

                   Perniagaan  menggunakan  data untuk  membuat  keputusan lebih  cekap  dan  tersusun  di  mana ianya
                   menunjukkan penilaian yang berguna. KWAP berjaya menyelesaikan analisis lengkap ke atas infrastruktur
                   dalam pelbagai data sedia ada, demi memanfaatkan sepenuhnya data-data yang dihasilkan pada setiap hari.
                   Berdasarkan penemuan daripada analisis ini, penambahbaikan akan dibuat untuk menangani data perniagaan
                   yang semakin bertambah. Selain itu, penubuhan unit Penyelesaian untuk Data Perniagaan memberi tumpuan
                   kepada kemunculan penyelesaian baharu seperti analitik data, pelaporan maju dan kecerdasan buatan (AI)
                   akan membolehkan akses kepada data yang berkualiti tinggi untuk memberi analisis tepat, meningkatkan
                   pengalaman pelanggan dan meningkatkan kecekapan melalui automasi kerja.




                   Pengaktifan Bahagian Digital untuk Memacu Kecemerlangan Digital

                   KWAP juga mengaktifkan Bahagian Digital dalam suku keempat 2022 untuk meningkatkan kecemerlangan
                   digital dalam seluruh organisasi. Bahagian ini terdiri daripada Strategi dan Perkhidmatan Digital, Infrastruktur
                   Digital, Keselamatan Digital, Sistem Perniagaan Digital dan Pengurusan Data Digital. Transformasi ini
                   bertujuan membolehkan segala aktiviti pendigitalan untuk menjadi lebih fokus, sejajar dengan perniagaan
                   dalam melaksanakan inisiatif digital dan pada masa yang sama untuk memberi sokongan dalam operasi
                   harian yang perlu kepada pihak-pihak berkepentingan.
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91