Page 68 - KWAP_AR2022
P. 68

66             KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)  MEMACU KE ARAH PRESTASI YANG LEBIH BAIK




                                                ULASAN PELABURAN
                                                  ULASAN KELAS ASET




                  Aerodyne Ventures Sdn Bhd
                  Bagi segmen pelaburan secara langsung, KWAP membuat komitmen terhadap pelaburan susulan dalam
                  Aerodyne Ventures Sdn Bhd (Aerodyne) menerusi pusingan Pre-C. Pelaburan susulan ini membentuk sebahagian
                  daripada mandat KWAP untuk menyediakan modal pertumbuhan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk
                  berkembang secara global sebagai bukti keyakinan pelabur. Sasaran KWAP untuk menyokong kegiatan
                  ekonomi kemahiran dan nilai tinggi dengan kesan limpahan positif kepada ekonomi tempatan adalah seiring
                  dengan objektif Aerodyne. Hasil daripada pusingan ini sebahagian besarnya dirancang untuk pengembangan
                  lanjut seperti penyelidikan dan pembangunan, membina teknologi baharu, menambah baik perisian dalaman,
                  melaksanakan penggabungan dan pengambilalihan strategik, serta menyokong usaha penembusan pasaran.




                   edotco Group Sdn Bhd
                   Pada 2022, edotco Group Sdn Bhd (edotco Group) mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang,
                   termasuk pengembangan dalam industri menerusi pengambilalihan lebih banyak pencawang ke dalam portfolionya.
                   Pengambilalihan ini yang digabungkan dengan peningkatan operasi telah menghasilkan peningkatan dalam hasil
                   dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan bagi edotco Group.
                   Selain itu, edotco Group telah mencatat banyak kemajuan dalam pencapaian inisiatif kelestariannya. Dengan
                   pelancaran rangka tindakan kemampanannya dengan beberapa pendekatan inovatif untuk mencapai neutraliti
                   karbon menjelang 2030. Entiti Malaysia bagi edotco Group juga telah berjaya melancarkan terbitan sukuk
                   pertamanya  yang  telah  menarik  minat  ramai  pelabur  pendapatan  tetap  Malaysia,  dengan  nisbah  bida  kepada
                   perlindungan yang kukuh sebanyak 5.2 kali. Hasil daripada pencapaian ini, edotco Group terus mengukuhkan
                   kedudukannya sebagai peneraju dalam industri telekomunikasi.



                   Dana Perintis

                   Pada bulan November 2022, strategi pelaburan Dana Perintis telah diluluskan oleh Panel Pelaburan. Ini
                   menandakan satu pencapaian bagi komitmen KWAP dalam bidang modal teroka Malaysia. Dana Perintis
                   akan berfungsi sebagai kerangka pelaburan yang meneruskan usaha penyepaduan ESG dalam pelaburan dan
                   mendorong pemindahan pengetahuan dan jaringan industri dalam membangunkan bakat-bakat tempatan.
                   Dengan  pelancaran  Dana  Penjana  Nasional pada 2020 dan pengumuman bajet 2023 yang mengetengahkan
                   peranan  penting  Syarikat  Pelaburan  Berkaitan  Kerajaan (GLIC)  dalam  ekonomi  negara,  Dana  Perintis  akan
                   menyokong usaha berterusan kerajaan untuk membangunkan ekosistem modal teroka tempatan ke arah menjadi
                   hab modal teroka serantau pilihan. Ini juga akan dilaksanakan pada semua peringkat modal teroka yang memberi
                   pendedahan kepada banyak industri, serta mengambil peluang di dalam negara dan serantau.
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73