Page 67 - KWAP_AR2022
P. 67

MEMACU KE ARAH PRESTASI YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  65









         TINJAUAN PELABURAN


                   Dana Modal Teroka Tertumpu di Eropah
                   Dana Modal Teroka negara-negara Nordic ini mempunyai reputasi kukuh dan pengalaman yang luas dalam
                   pelaburan di rantaunya, dengan akses dan rangkaian kepada salah satu daripada hab teknologi paling cepat
                   membangun. Ini menandakan komitmen pertama KWAP dalam segmen bertumpukan modal teroka Eropah.
                   Keputusan ini dibuat berdasarkan prestasi terbaik dana ini sepanjang tempoh 16 tahun dan reputasi mereka
                   dalam menjana pulangan yang signifikan melalui rekod yang baik. Ini juga akan memberikan KWAP akses kepada
                   peluang pelaburan bersama yang bermutu tinggi dan menjadi tumpuan. Pengurus dana telah melabur dan
                   membangunkan 18 pelaburan unicorn dalam sembilan dana menerusi dana peringkat awal yang terkemuka.



                   Pelaburan Baharu Lain yang Signifikan
                   KWAP membuat pelaburan sulungnya ke dalam segmen pelaburan impak. Pelaburan impak adalah satu bentuk
                   strategi pelaburan yang bertujuan untuk mengenal pasti peluang perniagaan signifikan sementara menangani
                   keperluan masyarakat dan alam sekitar secara positif. Ia menjangkaui langkah pematuhan umum berkaitan ESG
                   seperti penyaringan negatif untuk mengelakkan daripada kemudaratan. Sebagai alternatif, ia bertujuan untuk
                   melabur dalam syarikat dan projek yang sejajar dengan tema tertentu dan berpotensi untuk menghasilkan impak
                   sosial dan alam sekitar yang signifikan dan memberikan pulangan kewangan. Matlamat menyeluruh pelaburan
                   impak adalah untuk mendorong perubahan positif dalam masyarakat dan alam sekitar yang menggunakan
                   penyelesaian berasaskan pasaran bagi menangani cabaran-cabaran sosial dan alam sekitar.
                   KWAP kini memberi lebih tumpuan kepada dana yang mendorong impak sosial dan alam sekitar yang boleh
                   diukur berserta prestasi perniagaan dan pulangan yang kukuh dengan fokus utama sebanyak 70% dalam
                   pasaran maju dan 30% dalam pasaran membangun serta 60% sasaran dalam ekuiti pertumbuhan dan 40%
                   dalam  buyout. Ini digerak berpandukan 17 Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
                   Bersatu dan komitmen untuk melabur dalam Pendidikan, Keterangkuman Kewangan, Penjagaan Kesihatan,
                   Perkhidmatan Impak, Makanan & Pertanian serta Iklim & Pemuliharaan.




                   Pengurus Buyout Eropah yang Tersohor

                   Dalam usaha untuk terus meningkatkan perhubungan KWAP dengan pengurus luar, keputusan strategik
                   untuk meningkatkan saiz pelaburan melalui pengurus dana sedia ada dibuat melalui pengurus dana
                   yang pakar dalam segmen  buyout Nordic. Ini menandakan peningkatan dana ketiga KWAP ke dalam
                   penglibatan pelaburannya di Eropah yang mempunyai rekod strategi pelaburan kukuh. Dana ini diiktiraf
                   terbaik dalam kalangan dana-dana lain, dengan tumpuan utama dalam sektor  perkhidmatan kewangan,
                   penjagaan kesihatan, teknologi dan pembayaran. Strategi pelaburan ini telah menghasilkan keputusan yang
                   membanggakan, seperti mana strateginya sebelum ini yang telah mencatat prestasi kukuh apabila komitmen
                   pertama KWAP kepada dana ini telah berjaya memulangkan modal yang dilabur. Ini sekaligus menunjukkan
                   penggunaan dana yang berjaya. Ia juga membuktikan komitmen untuk mengenal pasti pengurus-pengurus
                   dana berprestasi tinggi dengan strategi pelaburan yang kukuh sejajar dengan matlamat dan objektif KWAP.
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72