Page 32 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 32
MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN
PERSEKITARAN OPERASI KAMI
HAL-HAL MATERIAL
Penilaian material merupakan komponen penting dalam strategi korporat kami di KWAP, yang berfungsi sebagai panduan
untuk membantu kami mengemudi persekitaran kemampanan yang rumit dengan mengenal pasti isu-isu signifikan yang
mempengaruhi organisasi dan pihak berkepentingan kami.
Strategi ini menjadi panduan dalam membuat keputusan yang membentuk objektif-objektif kami dan memastikan bahawa
tindakan ini mencipta impak yang bermakna. Hasilnya, kami mengenal pasti hal-hal material yang berikut, yang merupakan
impak utama KWAP ke atas ekonomi, alam sekitar dan masyarakat sepanjang tahun ini.
Ahli Lembaga dan Barisan Pengurusan Kanan telah membincangkan perkara-perkara material ini secara berterusan dalam
mesyuarat sebagai sebahagian daripada proses strategi KWAP sebelum meluluskannya daripada proses perancangan
perniagaan tahunan.
PROSES PENILAIAN MATERIAL
Pengenalpastian Keutamaan Pengesahan
Mengenal pasti isu-isu yang Mengutamakan pihak-pihak yang Mengesahkan perkara-perkara
berpotensi untuk memberi impak ke paling penting dalam persekitaran material yang bersandarkan
atas kemampanan prestasi kami, dan operasi kami. strategi, enam modal, risiko
berpotensi mencipta, memelihara yang berkaitan dan pihak
atau yang menjejaskan nilai pihak berkepentingan kami.
berkepentingan.
PERKARA-PERKARA MATERIAL YANG DIKENAL PASTI
Persekitaran operasi untuk KWAP dan pihak berkepentingan kami kekal tidak menentu, rumit dan tidak jelas. Krisis dunia
yang berterusan disebabkan oleh ketegangan geopolitik, jangkaan polisi Rizab Persekutuan AS, pemulihan ekonomi
China yang perlahan menjejaskan pertumbuhan pasaran ekonomi baharu muncul serta pembaharuan fiskal Malaysia yang
memerlukan kami memperhalusi perkara-perkara material kami sebagai salah satu daripada perancangan perniagaan. Hal
ini mencerminkan isu-isu yang berkemungkinan besar boleh menjejaskan keupayaan kami dalam mencipta nilai berterusan
untuk kami dan pihak berkepentingan.
M1 RM Dana Persaraan yang Mampan
Mengurus dana untuk mencapai pulangan Modal Berkaitan Pihak Berkepentingan
optimum yang mampan, yang berlandaskan
Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 serta FC SRC NC S1 S2 S4
dasar-dasar, rangka kerja dan/atau garis-garis
panduan yang berkaitan.
MODAL
Modal Modal Modal Modal Modal Sosial dan Modal
FC Kewangan IC Intelek MC Pembuatan HC Insan SRC Perhubungan NC Semula Jadi
30 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023