Page 30 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 30
MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN
PIHAK BERKEPENTINGAN KAMI
LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
Libat urus bersama pihak berkepentingan merupakan asas penting dalam komitmen kami terhadap ketelusan, akauntabiliti
dan amalan-amalan perniagaan yang bertanggungjawab di KWAP. Kami menyedari bahawa tindakan kami sebagai pelabur
institusi boleh mempengaruhi pihak-pihak berkepentingan kami secara meluas, termasuk ahli-ahli, kakitangan, rakan-
rakan industri, masyarakat dan alam sekitar.
Dalam bahagian ini, kami memberi gambaran ringkas untuk pendekatan terhadap libat urus bersama pihak berkepentingan,
yang menggariskan komitmen dalam memupuk dialog terbuka dan bermakna dengan pihak-pihak yang mempunyai
kepentingan dalam operasi kami. Perbincangan juga akan diadakan berkenaan saluran-saluran dan mekanisme-mekanisme
yang digunakan untuk berhubung dengan pihak berkepentingan kami, berserta dedikasi dalam mendengar maklum balas
mereka dan cara-cara menghimpun perspektif mereka dalam proses pembuatan keputusan kami.
Usaha kami dalam aspek libat urus bersama pihak berkepentingan mencerminkan nilai-nilai dan misi kami dalam menjamin
pendapatan persaraan untuk penjawat awam serta dalam menyokong amalan-amalan mampan dan tatalaku yang beretika.
Kami menganggap pihak berkepentingan sebagai rakan kongsi yang penting dalam usaha kami untuk membentuk masa
hadapan yang lebih mampan dan sejahtera.
PIHAK BERKEPENTINGAN, KEPERLUAN DAN HARAPAN MEREKA
S1 Kerajaan Malaysia
Menyediakan hala tuju yang strategik, Aspek penekanan/kepentingan: Kaedah libat urus:
membangunkan dan menyemak • Prestasi kewangan dan • Dialog
dasar-dasar pencen, menetapkan kestabilan Dana termasuk nisbah • Mesyuarat
keperluan kawal selia, dan memantau pembiayaan
prestasi Kumpulan Wang agar sejajar • Penjajaran dengan dasar-dasar
dengan matlamat kerajaan. dan objektif-objektif kerajaan
• Tadbir urus dan kesejahteraan
Menyelia manfaat persaraan untuk Dana
kakitangan perkhidmatan awam, • Ketelusan dan akauntabiliti
memastikan pengagihan bayaran dalam pengurusan dana
pencen yang tepat dan dibuat • Sumbangan kepada kestabilan
dengan segera dan bekerjasama dan pembangunan ekonomi
dengan Kumpulan Wang dalam hal- negara
hal berkaitan dengan pentadbiran • Impak sosial dan kebajikan
pencen.
rakyat
• Pengurusan bayaran pencen yang
tepat dan dibuat pada tempoh
yang ditetapkan
• Komunikasi dan sokongan untuk
penerima pencen
S2 Pencarum
Majikan kepada kakitangan Aspek penekanan/kepentingan: Kaedah libat urus:
perkhidmatan awam yang mencarum • Proses mencarum yang mudah • Laman sesawang dan
kepada Dana yang mengikut kadar • Libat urus dan komunikasi media sosial
yang ditetapkan, sejajar dengan Akta kakitangan • Kajian
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun • Pematuhan kawal selia • Forum
dan Tempatan 1980 (Akta 239). • Lawatan
28 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023