Page 179 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 179

MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN  MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI  MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN  MAKLUMAT LAIN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          3.  JANgKAAN DAN PENILAIAN AKAUN YANg PENTINg (SAMBUNgAN)
             (b)  Rosot nilai aset bukan kewangan

                rosot nilai aset bukan kewangan dilaksanakan apabila nilai dibawa aset atau Cgu melebihi nilai boleh pulih,
                iaitu nilai lebih tinggi antara nilai saksama setelah ditolak kos jualan dan nilai sedang digunakan. pengiraan nilai
                saksama setelah ditolak kos jualan adalah berdasarkan data yang sedia ada daripada transaksi jualan mengikat,
                yang dikendalikan dengan transaksi urus niaga tulus bagi aset-aset yang serupa atau harga pasaran yang boleh
                diperhatikan setelah ditolak kos tambahan untuk pelupusan aset.  pengiraan nilai sedang digunakan adalah
                berdasarkan  model aliran  tunai terdiskaun  di mana aliran-aliran  tunai diperolehi daripada bajet lima (5) tahun
                hadapan dan tidak termasuk aktiviti penyusunan semula yang belum dipersetujui oleh Kumpulan dan KWap atau
                pelaburan masa hadapan yang ketara yang boleh meningkatkan prestasi aset dalam Cgu yang diuji. nilai boleh
                pulih adalah paling sensitif terhadap kadar diskaun yang diguna pakai bagi model aliran tunai terdiskaun dan juga
                jangkaan aliran masuk tunai masa hadapan serta kadar pertumbuhan yang diguna pakai bagi tujuan ekstrapolasi.

             (c)  Rosot nilai aset kewangan
                Kumpulan dan KWap  meneliti instrumen pendapatan  tetap  yang ditetapkan sebagai pelaburan pada FVoCi
                atau kos yang dilunaskan yang terdedah kepada rosot nilai di bawah mFrS 9 pada setiap tarikh laporan bagi
                mencerminkan perubahan risiko kredit pelaburan kewangan yang tidak diklasifikasi sebagai FVtpl.  mFrS 9
                menggabungkan maklumat berpandangan hadapan dan sejarah, terkini dan ramalan ke dalam anggaran eCl.

                analisa rosot nilai merangkumi penilaian pengurusan berikut:
                (i)  penentuan sama ada pelaburan terjejas berdasarkan petunjuk tertentu seperti, antara lain, kesukaran penerbit
                    atau obligor, kemerosotan kualiti kredit penerbit atau obligor; dan

                (ii)  penentuan eCl yang mencerminkan:
                    •   Jumlah  yang  tidak  berat  sebelah  dan  kebarangkalian  yang  ditentukan  dengan  menilai  pelbagai
                       kemungkinan;
                    •   Nilai masa wang; dan
                    •   Maklumat munasabah dan disokong yang sedia ada tanpa kos atau usaha tidak wajar pada tarikh laporan
                       mengenai keadaan semasa dan ramalan keadaan ekonomi masa depan.
             (d)  Nilai saksama instrumen kewangan

                nilai saksama adalah harga yang akan diterima daripada jualan aset atau dibayar bagi pemindahan liabiliti dalam
                urus niaga yang teratur di antara peserta pasaran pada tarikh pengukuran.  pengiraan nilai saksama adalah
                berdasarkan anggapan bahawa transaksi jualan aset atau pemindahan liabiliti berlaku sama ada di dalam pasaran
                utama aset atau liabiliti tersebut atau jika ketiadaan pasaran utama, di dalam pasaran yang paling menggalakkan
                bagi aset atau liabiliti tersebut.

                nilai saksama aset atau liabiliti diukur menggunakan anggaran yang diguna pakai oleh peserta pasaran untuk
                menilai aset atau liabiliti tersebut, dengan anggapan bahawa peserta pasaran bertindak mengikut kepentingan
                ekonomi yang terbaik.

                jika ketiadaan pasaran aktif, nilai saksama instrumen kewangan ditentukan dengan menggunakan kaedah penilaian
                yang dianggap sesuai dengan keadaan di mana terdapat data yang mencukupi serta sedia ada bagi pengiraan
                nilai  saksama,  dengan  memaksimakan  penggunaan  input  relevan  yang  boleh  diperhati  serta  meminimakan
                penggunaan input yang tidak boleh diperhati.



                                                                                                         177
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184